Big Stage musim kedua memang mendebarkan. Setelah kemenangan peserta dari Korea Selatan, Han Byul diumumkan sebagai juara, ramai yang agak tersentak. Biarpun mendapat restu dari juri dan penonton-penonton, masih ada yang tidak berpuas hati. Ini kerana persembahan Naib Juaranya, Neeta dikatakan lebih menyerlah berbanding Han Byul itu sendiri. Tidak hairanlah bertebaran spekulasi menyatakan adanya soal 'pilih kasih' dalam kalangan juri hanya kerana mahu orang luar memenangi pertandingan bakat baru itu. Tapi, betul ke juri bias? Gosip liar itu juga mendakwa juri-juri yang membuahkan kemenangan Han Byul itu sekadar mahu meraih perhatian. Apatah lagi ada yang menuduh bahawa orang yang menjaga sistem komputer itu adalah peminat K-Pop. Maka itu lah kemenangan pada Han. Namun, juri Siti Nurhaliza dalam sidang akhbar telah menjelaskan bahawa muzik itu universal. Jadi, persaingan adalah sesuatu yang normal dan kita harus bersaing untuk lebih maju ke hadapan. "Buat apa kita buka kepada orang lain, tapi kita nak peserta negara kita sendiri menang. Itu tidak ada persaingan namanya." Bagaimanapun, warganet terus menyatakan fakta bahawa markah Neeta sebenarnya lebih tinggi berbanding Han jika diukur dari segi penjurian. Namun, Neeta kalah dari segi undian peminat menyebabkan dia mendapat Naib Juara. Nisbah 70-30 peratus inilah yang menentukan kedudukan mereka. Jadi, jelasnya, Neeta sebenarnya sudah menang di hati juri. |
nadie90 replied at 7-10-2019 04:20 PM
Dah2 la tu...program dah hbis pun....komen yg xpuas hti Neeta ptt jd juara tu......mengundi ka x.... ...
MatDeghem replied at 7-10-2019 05:12 PM
Si byol nanyi lagi sedap dari si neeta ..... terima lah hakikat tu
Cpkay replied at 7-10-2019 05:32 PM
Alhamdulilah habis dah Big Stage..
kemon Gegar Vaganza sila naik pentas..
Keringkanlah pipimu Rat ...
annabellaruz2 replied at 7-10-2019 04:34 PM
jgn kata Roy masuk GV..huhuhu
Roy & Frans tu layak jd juri.
Cpkay replied at 7-10-2019 05:35 PM
ya ..dia jadi peserta..
MatDeghem replied at 7-10-2019 08:12 AM
Si byol nanyi lagi sedap dari si neeta ..... terima lah hakikat tu
ADVERTISEMENT