Pengacara popular Neelofa menerima anugerah bagi kategori usahawan untuk anugerah berprestij antarabangsa di Influencer Awards 2019 Monaco yang berlangsung di Monte Carlo, Monaco 5 dan 6 Oktober lalu. Anugerah Influencer Awards 2019 Monaco ini direalisasikan Pauline Ducruet, anak sulung kepada Puteri Monaco, Puteri Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Neelofa teruja dengan anugerah ini kerana setiap pemenang dipilih oleh juri dan calon-calon setiap kategori datang daripada seluruh dunia dan turut memuat naik entri mengenainya di instagram peribadi beliau.
Kejayaan demi kejayaan dikecapi Neelofa atas usaha kerasnya itu. Tahniah Neelofa! - CARI |
ADVERTISEMENT