Sakit kepala atau migrain memang sangat tidak menyenangkan, sampai ada masa rasa macam nak hantuk kepala ke dinding saja! Bagaimanapun, ubat tahan sakit bukanlah cara terbaik melegakan sakit kepala kerana ia bersifat sementara. Ada benda lain boleh anda lakukan selain mengambil ubat tahan sakit iaitu dengan mengubah diet pemakanan.
Walaupun sesetengah makanan boleh mengundang migrain, ada juga makanan yang boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh dan mencegah migrain. BrightSide berkongsi lapan makanan yang boleh diambil setiap hari untuk mencegah sakit kepala. 1. Avokado Buah ini kaya dengan antioksidan seperti lutein dan zeaxanthin yang bukan sahaja meredakan sakit kepala, malah migrain pun tak nak dekat! 2. Buah tin Buah tin memang banyak khasiat terutama ketika menangani masalah migrain. Tin mengandungi kalium yang mampu mengurangkan keradangan dan mencegah sakit migrain. 3. Salmon Kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin B-2, ikan ini mencegah platelet daripada berkumpul yang kemudian menghalang aliran darah dan menyebabkan sakit kepala. 4. Keledek Ramai juga menggemari keledek yang manis-manis rasanya. Bukan saja sedap, keledek juga boleh melawan migrain ya. Kaya degan vitamni C, vitamin B1 dan kalium, keledek mampu mengurangkan rasa sakit kepala. 5. Tembikai dan lobak merah Makan tembikai, karot, timun dan saderi bagus untuk mengatasi dehidrasi yang juga salah satu punca sakit kepala. 6. Yogurt Menurut kajian, yogurt kaya dengan riboflavin iaitu sejenis vitamin B kompleks yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau, ikan, susu, hati, ginjal, telur dan sebagainya yang sangat membantu dalam melawan migrain. 7. Jus lemon Jika diserang migrain, minumlah segelas jus lemon yang ditambah dua sudu kecil garam. Bonus - Pes kayu manis Tumbuk atau kisar halus kayu manis dan kacau rata dengan sedikit air untuk menjadikannya pes. Sapu pes ini di bahagian dahi dan pelipis bila-bila masa anda diserang migrain. Bilas dengan air selepas 25 hingga 30 minit dan rasa sendiri hasilnya. Atau mungkin anda ada cara lain untuk merawat sakit kepala tanpa menelan ubat-ubatan? - CARI
|
buapakperut replied at 7-10-2019 08:55 PM
yeke? iols kerap migrain. makan upamol kadang tak jalan.
shernazz replied at 7-10-2019 01:42 PM
Iols dolu slalu migrain
Ubatnya synflex
Tp kena.minum air banyak banyak
buapakperut replied at 7-10-2019 09:50 PM
oh berkesan la? belum tau lak brand ni. kenal uphamol je
sudahlah: setakat ni kalau terkena migrain ubat dia,tidur jer .
buapakperut replied at 7-10-2019 08:55 PM
yeke? iols kerap migrain. makan upamol kadang tak jalan.
shernazz replied at 7-10-2019 02:39 PM
Iols dolu uphamol tak.jalan
Iols ckpnkat doc..ponstan pon dah xjalan
Last resort dia bg synflex
...
Mfzg89 replied at 8-10-2019 12:44 AM
try penadol extend sebelum tido..
buapakperut replied at 8-10-2019 08:53 AM
ada side effect tak?
ADVERTISEMENT