Kegunaan kapur tulis rupa-rupanya tidak terhad hanya kepada menulis di papan hitam saja. Sebenarnya, ia boleh membersihkan banyak barang yang 'rosak' di dalam rumah kita.
Macam mana tu? 1. Kotoran degil pada baju Selain sabun, peluntur, baking soda dan lemon, kapur juga boleh menghapuskan kesan minyak pada baju. Cuba gosokkan kapur pada tempat yang kotor dan biarkan selama 10 minit. Sapu bersih kapur tadi dan basuh pakaian seperti biasa. Menurut Bright Side, kapur menyerap dan menghapuskan kesan minyak dengan mudah. Oh, pakaian putih yang menguning juga boleh 'dipulihkan' dengan cara sama! 2. Mengilatkan barang-barang perak Bukan sudu garpu saja, rantai atau gelang perak anda juga boleh diselamatkan daripada kusam. Caranya sangat mudah, hanya perlu meletakkan beberapa batang kapur dalam bekas sama perkakasan dan perhiasan anda disimpan. Perak rosak kerana keadaan lembap dan kapur berfungsi untuk menyerap kelembapan. 3. Singkirkan bau hapak dalam almari Hanya letak beberapa batang kapur di dalam almari, kotak, beg atau bakul cucian, ia akan menyerap kelembapan, sekali gus tiada lagi bau hapak! 4. Tiada lagi barang berkarat Elakkan gunting pisau dan sebagainya daripada berkarat dengan meletakkan kapur di dalam bekas sama perkakas anda disimpan. Kalau ada kasut yang sudah berbau tu, mungkin boleh cuba cara ini. - CARI
|
Artemesiaa replied at 9-10-2019 04:11 PM
Banyak kegunaan lain rupanya info berguna
antidote replied at 9-10-2019 05:01 PM
Tak boleh dengar chalk kena kat blackboard rasa ngilu ya amat.
Pegang chalk pun sama tak tau la knp ...
johan-adx replied at 9-10-2019 05:09 PM
murid dlu bkn takut dgn kapur ni..
tp paling takut dgn pemadan kapur..dia bole dtg secara terbang t ...
MFR_IN replied at 9-10-2019 05:03 PM
baca pun dah rasa ngilu.
ahlisihircute replied at 9-10-2019 05:24 PM
Mmg senjata utama pemadam papan hitam le duk tetiba melayang...tp lepas Satu case ada budak lebam ...
Intanterpilih09 replied at 10-10-2019 07:50 AM
Intan pun masa sek slalu sapu kapur tulis Kat kasut Bila kotor.mls nak basuh takut cikgu tegur kasut ...
ADVERTISEMENT