CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Tak Baca Komen Netizen Untuk Terus Kekal Positif - Mawar Karim

15-10-2019 10:51 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9500| Komen: 52|Original author: Oleh: natrahn

Kredit foto: Instagram Mawar Karim


Mawar Karim kini lebih positif dan memilih untuk tidak membaca komen netizen di media sosial selepas mahligai perkahwinan yang dibina selama enam tahun bersama pelakon dan pengacara Fizo Omar gagal diselamatkan setelah disahkan bercerai pada 10 Julai lalu.

Usai perceraian tersebut, Mawar Karim dilihat terus 'move on' menghadapi fasa baru di dalam kehidupannya untuk terus ke hadapan bersama anak perempuan tercinta.


Kredit foto: Majalah Nona : Inspirasi Bersama Kiffy Razak

"Sejujurnya, saya tidak berani baca komen-komen sebab takut emosi terganggu, tak boleh kerja. Jadi untuk saya move on, saya pilih untuk tidak baca. 


"Apa yang saya lalui saya kena positif, bahkan saya ada minta rujukan daripada Prof Muhaya, Ustazah Siti Nor Bahyah dan Datuk Mashitah. 

"Macam saya, kekuatan tu saya dapat melalui Allah. Saya kena minta dan mohon dengan Allah. Saya tahu saya ada kelemahan," ujar Mawar kepada Majalah Nona.


Kredit foto: Instagram Mawar Karim 

Akui masih bersedih di atas apa yang berlaku, Mawar selaku usahawan tudung Fareeda berkata dia tidak mahu menunjukkan kesedihan itu pada orang sekelilingnya. 

"Sebagai orang berniaga, saya tak boleh tunjuk wajah sedih. Kita kena pandai ke hadapan dan hadapi semua ini," katanya.

Kasih sayang Mawar dan Fizo sebagai bapa dan mak kepada Maryam tidak pernah berkurang walaupun kini mereka telah berpisah. Kebahagiaan Maryam adalah keutamaan Mawar buat masa ini.

Setiap yang terjadi ada hikmahnya. Sama-samalah kita doakan agar Mawar dan Fizo dapat terus mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan anak mereka. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Joysparta 15-10-2019 11:05 AM
go mawar!never look back!
Quote claudya 15-10-2019 11:06 AM
go mawar !!
Quote bulanbulat 15-10-2019 11:19 AM
Hanesya sila belajar
Quote jijilaaa 15-10-2019 11:22 AM
ex tok laki dia je yang dok up kat ig lagi pasal move on la..dok sebut2 lagi nama ex wife nya..

nampak sngat dok gila talak
Quote Pamelaloba 15-10-2019 11:27 AM
You go girl
Quote putericahaya999 15-10-2019 11:28 AM
Good mawar
Quote kucingitam 15-10-2019 11:35 AM
don't worry mawar..most of caritizen support u..
Quote sideqsegaraga 15-10-2019 11:50 AM
Alhamdulillah. Kekalkan positif, InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan baik.
Quote thetimes 15-10-2019 12:08 PM
Bagus la macam tu, stay positive okay
Quote armin 15-10-2019 12:15 PM
jijilaaa: ex tok laki dia je yang dok up kat ig lagi pasal move on la..dok sebut2 lagi nama ex wife nya..nampak sngat dok gila talak

Dah takde org tanggung. Haruslah.
Quote mai-shi 15-10-2019 12:18 PM
Dia ni belajar dari kesilapan dulu jugak kot. Waktu orang kutuk tudung Fareeda dulu dia agak lantang menjawab. Waktu tu orang ramai hentam dia balik. Sekarang dah matang. Very good. Suka tengok dia.

Baca pasal waktu susah nak dapatkan Maryam tu. Memang besar pengorbanan seorang perempuan lagi2 bila jadi macam ni. Mesti sangat sedih.  
Quote sharlenetexas 15-10-2019 12:18 PM


Quote Lavender_Violet 15-10-2019 12:28 PM
jijilaaa replied at 15-10-2019 11:22 AM
ex tok laki dia je yang dok up kat ig lagi pasal move on la..dok sebut2 lagi nama ex wife nya..

n ...

Ada few times baca pasal reaction lepas break off
Lelaki biasanya immediately after break off mmg akan breakdown dan macam gila talak, whilst ppuan lebih relax dan cepat move on
Tapi after sometimes, lelaki dah mula heal....ppuan pulak meroyan dok terkenang kenangan2 manis dgn ex
Gitu lah....
Quote fushimi 15-10-2019 12:41 PM
jangan risau hakak mawar

komen untuk hakak mawar just yang morni morni je

yang tak berapa morni kita lambak pada sskjp
Quote harisbee 15-10-2019 12:47 PM
napa pemakaian tudung dia ke arah neelofa lak sekang ni??? nak cetus kontroversi lewtu
Quote afie_m 15-10-2019 12:57 PM
go mawar...go mawar..go mawar !!
Quote ikanmasin 15-10-2019 01:59 PM
alhamdulillah bagus mawar..
Quote TabletSusu 15-10-2019 02:03 PM
bagus mawar.. teruskan hidup dgn keadaan ceria sentiasa
Quote URUHA 15-10-2019 02:05 PM
Bagus la tu mawar. Jgn jd macam yg sorang tu. Search nama sendiri ujung2 depresen katanyeee

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044253 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top