CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kek Perkahwinan Hodoh Jadi Mimpi Ngeri Sang Pengantin

15-10-2019 10:45 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 11411| Komen: 41|Original author: Oleh: Nia M

Description: Sesiapa sahaja pasti mengimpikan hari perkahwinannya sempurna dan berjalan lancar. Segala tempahan yang dibuat diharapkan memuaskan hati tetamu yang hadir terutamanya soal makanan.

Sesiapa sahaja pasti mengimpikan hari perkahwinannya sempurna dan berjalan lancar. Segala tempahan yang dibuat diharapkan memuaskan hati tetamu yang hadir terutamanya soal makanan.


Namun, siapa menyangka perkara buruk boleh terjadi bila-bila masa. Lain yang dirancang, lain jadinya. 


Malang sungguh bagi Rena, 52, dari Georgia, Amerika Syarikat yang terpaksa menanggung kerugian gara-gara kek yang ditempahnya sangat hodoh!


Kredit foto: The Sun


Semuanya bermula apabila Rena menghantar sekeping foto contoh kek bertemakan burung merak yang dijumpainya di Internet, kepada seorang pembuat kek yang pernah juga membuat sebiji kek untuk sahabat baik Rena tidak lama dulu.


Kredit foto: The Sun


Apabila Rena bertanya sama ada pembuat kek itu boleh membuat kek yang sama untuk hari perkahwinannya, dia bersetuju dan tidak menghubungi Rena sehinggalah pada malam sebelum hari perkahwinannya.


Setelah kek itu dibawa ke rumah Rena, ternyata ia tidak seperti yang diimpikan. Selepas dia beredar dari rumah Rena, kepala burung pada kek itu mula tumbang.


Rena berasa sungguh kecewa dan meminta wangnya kembali tetapi tidak diendahkan pembuat kek itu dengan alasan dia sudah menghabiskan 50 jam semata-mata ingin menyiapkan kek itu dan dia perlu membayar kepada ibunya yang turut menolong. Kek itu telah dibayar dengan harga ASD300 (RM1,256).


Kredit foto: The Sun


Rena meminta wangnya kembali dengan alasan kek itu dibuat daripada krim mentega sedangkan dia mahukan kek aising fondant, selain kek itu tidak mengikut tema. 


Namun, pembuat kek itu memberi bermacam alasan, antaranya adalah dia telah cuba menghasilkan kek menggunakan aising fondant tetapi terlalu banyak masalah yang timbul.


Kredit foto: The Sun


Pada pagi perkahwinan, Rena terpaksa pergi dari kedai ke kedai untuk mencari kek bagi dihidangkan kepada tetamu. Akhirnya, dia membeli sahaja dua biji kek yang ada di pasar raya Walmart dan majlis diteruskan seperti biasa. 



Kredit foto: The Sun


Setelah kakak ipar Rena menularkan kisah kek ini, pembuat kek itu akhirnya memulangkan wang Rena ke dalam peti surat rumahnya.


Rena menyimpan kek hodoh itu selama tiga hari di dalam peti sejuk sebelum membuangnya kerana ia tidak dituntut kembali oleh pembuat kek berkenaan. 


Agak-agak apalah rasa kek itu ya? Tengok rupanya pun dah tak berselera. 



Kasihan dengan nasib para pengantin yang menempah kek dengan orang yang salah! Semoga ini jadi pengajaran buat semua agar berwaspada selalu. - CARI


Bagus
1

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • ziezot

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • DayangKirana


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Catpaw 15-10-2019 10:55 AM
{:dot  kek mainan kanak2 buat ke, kenapa la lain benar {:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile{:smile
Quote Kurex 15-10-2019 10:55 AM
Sebab tu kalau ada yg kata boleh buat macam2, jangan percaya.. Selidik dulu..
Quote Biabetik 15-10-2019 11:13 AM
Sedih tgk keknya. Dah mcm burung kena penyakit selsema burung . Adoii... Sori terketawa plk
Quote matchstick 15-10-2019 11:20 AM
Mmg serius hodoh.. Kot ye pun x reti nk buat burung merak tu, kek bulat 2 tingkat tu buat lah betul2. Ni yg bulat tu pun senget benget. Pastu kepala merak dh jadi itik serati seketul atas tu
Quote Boomibulat 15-10-2019 11:28 AM
Rasanya kek tu mcm sng je nk buat sbb burung kecik je..tp yg tiruan tu burung besar gedabak mana la tak jatuh kepala dia..
Quote kucingitam 15-10-2019 11:41 AM
scary betul rupa burung tu..
Quote ms.mango 15-10-2019 11:58 AM
Mg nightmare kalo dpt kek mcmni
Quote Artemesiaa 15-10-2019 12:07 PM
Sebab tu jangan mudah percaya sekadar cakap2 tengok dulu hasil kerjanya sebelum tu baru order
Quote Fleur81 15-10-2019 12:07 PM
Sedih sangat tengok keknya tu..sampai kepala burung pun tumbang
Quote RatuDunia94 15-10-2019 01:06 PM
Len kali tengok dulu hasil kerja sebelum2 ni utk pembuat kek tu..

Nampak sgt pembuat kek ni syok sendiri
Quote awanysss 15-10-2019 01:16 PM
hahahahaha mesti yg buat kek tu masa buat dah stress nak mampus..
Quote Mitdob 15-10-2019 01:34 PM
Hahaha ini mmg betul indah khabar dari rupaaa.
Quote crazybeach 15-10-2019 02:10 PM
edisi NAILED IT sangat yach

Quote moonbug 15-10-2019 02:17 PM
What a nightmare. Rosak mood pengantin
Quote MayaDelaRosa 15-10-2019 02:57 PM
Mmg hodoh....Muffin pun xdok..Hahahah
Quote Hizert 15-10-2019 03:14 PM
Sadisss. Kalau tak reti cakap tak reti. Ni tak buat pandai. Menyusahkan orang betul.
Quote cm_asamkumbang 15-10-2019 04:16 PM
Kesian..simpati tapi rasa nak gelak
Quote GigaMom 15-10-2019 04:42 PM
Boomibulat: Rasanya kek tu mcm sng je nk buat sbb burung kecik je..tp yg tiruan tu burung besar gedabak mana la tak jatuh kepala dia..


Dia nak buat segundu ownernya kot...kihkihkih
Quote Noraniza_Iblis 15-10-2019 04:51 PM
kek Alha Lepa tkde ke dlm list..
kek tumbang..
kikkikiki

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.066628 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top