CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tandas Shanghai Akan Bagi Amaran Jika Anda Ambil Masa Lebih Dari 15 Minit!

18-10-2019 01:44 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6404| Komen: 21|Original author: Oleh: LilRose

Description: Kebiasannya, berapa lama masa anda ambil untuk menggunakan tandas?
Kebiasannya, berapa lama masa anda ambil untuk menggunakan tandas?

Ada yang suka berlama-lama mencari ketenangan, ada juga yang suka tergesa-gesa kerana tidak suka berada di dalam tandas.


Bagaimana pula dengan tandas awam? Kalau cantik dan selesa, pasti nak berlama-lama terutama wanita yang suka menilik wajah di cermin, kan?

Tapi, kalau di Shanghai anda tidak boleh menggunakan tandas awam lebih dari 15 minit!
 
Menurut South China Morning Post, Shanghai dilaporkan telah membina lebih kurang 150 bilik air pintar untuk orang awam.


Kredit foto: Twitter/ShanghaiEye/AsiaOne

Bagaimanapun, jika menggunakannya melebihi 15 minit, amaran akan dihantar kepada pekerja manjlis perbandaran untuk memeriksa pengguna tandas.

Tandas baru berkenaan adalah sebahagian usaha China untuk memperluaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam hampir setiap aspek kehidupan seharian.


Setiap tandas dilengkapi dengan sensor tubuh manusia menggundakan sinar inframerah dan ultrabunyi bagi mengesan pengguna di dalam tandas dan berapa lama mereka menggunakannya.

Selain memasang sensor yang akan memantau kualiti udara di dalam setiap tandas, ciri penjimatan air juga akan disediakan bagi mengawal paras air berdasarkan masa ia digunakan.


Kredit foto: South China Morning Post

Walaupun ada yang menyambut baik, ramai juga tidak setuju dengan ciri berkenaan.

Penduduk tempatan, Frank Lin, 22, berkata, dia setuju dengan pembinaan tandas pintar itu tetapi ia bukan idea yang baik untuk membaca novel atau surat khabar di dalam tandas.


Kredit foto: Goodreads

Sementara itu, seorang lagi penduduk tempatan, Liu runsing memikirkan bagaimana dia akan menggunakan tandas dalam hanya 15 minit kerana dia biasanya menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam di dalam bilik air.


Kredit foto: Pinterest

Parahlah siapa yang suka gunakan bilik air lama-lama tu. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 18-10-2019 02:06 PM
Tandas pintar. Tapi realitinya orang mainland ni berak kencing merata.
Quote sarah82 18-10-2019 02:08 PM
Mampos.. Aku dah la kalau masuk tandas kena kurang 20 minit
Quote shernazz 18-10-2019 02:25 PM
Sejak ada anak ni..xpernah lebih 10 minit..
Rasa nak masuk.lg..masuk lah

Segalanya kena pantasss
Quote Miss.Rara 18-10-2019 02:40 PM
lepas 15minit pindah toilet sebelah pulak
Quote insulin 18-10-2019 02:49 PM
China's Social Control
Quote adda001 18-10-2019 02:54 PM
kesian orang yang sembelit
Quote Artemesiaa 18-10-2019 03:59 PM
Ada je tandas macam ni kat train stationnya.  Yang  bagusnya ada board paparan kat kuar tandas jadi boleh tahu tandas situ penuh digunakankan atau tidak.  Kalau nampak penuh boleh ke section lain dalam bangunan tu.  Tandasnya pun tak le sebegitu teruk sangat keadaannya sebab ada petugas yang jaga bab kebersihan.
Quote cikatilia 18-10-2019 04:23 PM
adda001 replied at 18-10-2019 02:54 PM
kesian orang yang sembelit

dan lactose intolerance

Quote renko 18-10-2019 04:54 PM
pejadah berak lama2
xkering ke jubur tu
Quote Perawankota 18-10-2019 10:06 PM
Ermmm mm.... Aku dh lah klu membuang, spesis lama2
Quote epuepy 19-10-2019 12:08 AM
Hui. Ni bole mendatangkan marah ni. Imagine tgh sedap 2 melabur kt dlm, tetibe org ketuk pintu suh kuar.  Mau terbantut. Kuar toilet muka ketat ooi..
Quote vee_zara 19-10-2019 08:45 AM
Mati le kalau i yang guna dah l spesis lmbat membuang. {:cryrun
Quote Psfzi 19-10-2019 11:25 PM
Kalau ada yg sakit perut cirit, mana cukup 15 minit oi
Quote gideoncross 20-10-2019 12:44 AM
sharlenetexas replied at 18-10-2019 02:06 PM
Tandas pintar. Tapi realitinya orang mainland ni berak kencing merata.

Yg ni iol stuju.

Quote LadyCarefree 20-10-2019 02:21 AM
Tandas auto kt taman titiwangsa tu kunci pintu buka kalau lebih 15min atau 10min lupa lak
Quote rosasen 20-10-2019 08:54 AM
kalau perut memulas n perlu lama dlm tu mcm mane...
Quote mata.kail 22-10-2019 09:58 PM
kalau buang air kecil okay cikit kalau air besar payah..
Quote Meiizu 23-10-2019 11:22 AM
i tak berak lama sebab takde prob..tapi  heran orang suka duk lama sambil main fon, isshhh tak lalu. time period  toilet  ada sanitary bin servis  cth kat mall - pad balut tisu  terus buang dlm tu.kat rumah je basuh pad
so i memang takkan lama2 dlm toilet
Quote Lolalala 25-10-2019 09:02 AM
shernazz replied at 18-10-2019 02:25 PM
Sejak ada anak ni..xpernah lebih 10 minit..
Rasa nak masuk.lg..masuk lah


Hahahaha mandi 3minit done. berak 5minit done. Boleh menyahut cabaran menteri mandi 3minit tu. Speci case berak mandi ada yg perati lagi atau ada opera konsert depan bilik air

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.057602 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top