Berada dalam keadaan sarat mengandung sememangnya memenatkan fizikal dan mental. Sebab itu wanita yang mengandung perlukan banyak rehat dan sokongan daripada ahli keluarga, terutamanya suami.
Bagaimanapun, amat malang nasib seorang wanita yang berkongsi ceritanya di Facebook apabila menangkap suaminya curang dengan wanita lain, sedangkan wanita itu dalam keadaan sarat mengandung. Menurut cerita wanita itu lagi, dia bergaduh dengan suaminya yang sudah tiga hari tidak pulang ke rumah, meninggalkannya yang sedang sarat bersama anak-anak yang masih kecil. Alasan yang diberikan ialah OT. Tetapi, ketika dia keluar untuk membeli barang, dia ternampak suaminya sedang bermesra dengan seorang wanita. 'Saya terus hubungi suami tanya dan beritahu dia, namun dia tidak mahu mengaku. Saya pun berikan suami saya gambar mereka berdua yang saya snap dari jauh tadi,' katanya. Bagaimanapun, jawapan yang diberikan suaminya sangat menyedihkan. 'Lantak aku lah! Cel@ka, sedarlah diri kau tu nak beranak, aku doakan tak keluar anak tu nanti dengan kau mati sekali, amin,' balas suami wanita tersebut. Terkilan, wanita itu bertanyakan netizen apa yang perlu dia lakukan. Ramai netizen yang membaca perkongsian itu menggesa wanita itu supaya bersabar. 'Semoga puan selamat dan dipermudahkan bersalin' kata seorang netizen. 'Semoga suami puan insaf dengan perbuatan dan tindakannya' tambah seorang lagi. Walaupun begitu, ramai di antara mereka yang mengecam suami wanita tersebut. 'Awak doakan pula suami awak mati kena langgar lori,' kata seorang wanita melepas geram. 'Apa kata awak tikam sahaja suami awak,' tambah seorang lagi. Namun begitu, ada juga yang berfikiran waras dan menasihati wanita itu supaya menyimpan semua bukti untuk kemudian hari kelak. Apa-apapun, semoga wanita ini selamat menahirkan kandungannya dan semua urusannya dipermudahkan. - CARI
|
ADVERTISEMENT