CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gaduh Dengan Isteri, Lelaki Mengamuk Di Balai Bawa Parang

11-10-2019 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3248| Komen: 10

Seorang lelaki berparang mengamuk di hadapan Balai Polis Bukit Indah, petang semalam gara-gara konflik dengan isteri.

Sinar Harian melaporkan, dalam kejadian jam 3.25 petang itu, suspek, 52, turut berkelakuan tidak senonoh di hadapan balai berkenaan.


"Suspek tiba-tiba datang ke hadapan balai berkenaan dengan membawa sebilah parang sepanjang 78 sentimeter dalam keadaan marah.


Gambar Hiasan

"Ketika sedang mengamuk, suspek juga menyatakan dirinya sedang mengalami masalah dengan isteri selain memberitahu polis yang dia akan membunuh wanita itu," kata Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar.

Bagaimanapun, apabila cuba ditenangkan anggota di lokasi suspek bertindak agresif dan mengugut untuk mencederakan dirinya menggunakan parang dibawanya itu.

Berikutan itu, beberapa anggota terpaksa menggunakan kekerasan minima kerana suspek tidak mahu memberi kerjasama ketika proses tangkapan.


"Hasil pemeriksaan di tubuh badan suspek, polis mendapati terdapat kecederaan di beberapa bahagian badannya iaitu luka di bahagian dahi, lutut kiri dan kanan," katanya.

Selain itu, suspek juga disyaki dalam keadaan mabuk ketika kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958 dan Seksyen 90 Akta Polis 1967. - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikja 11-10-2019 04:12 PM
Binik dia ada d balai polis kah? Nape nk ngamuk d balai polis plk....haishhhh... ngamuk laa kt mana binik mu berada.... {:question
Quote msdummy.2018 11-10-2019 04:32 PM
https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1177250
Quote Kurex 11-10-2019 04:43 PM
mabuk????? menyusahkan
Quote Modngengade 11-10-2019 05:22 PM
kelly ker sis?
Quote capiloton 11-10-2019 07:50 PM
mabok dan parang.
sah la paria.
Quote Eric.n9 12-10-2019 09:29 PM
Bila dah mabuk. manusia hilang pertimbangan.
Quote cap_ayam 13-10-2019 03:36 AM
Manjanya kekerasan minima.. kes ngamuk parang macam ni kalau ikut perasaan patutnya tembak je ubatnya.
Tinggi betul tahap kesabaran polis2 tu semua.
Quote nanies 14-10-2019 11:29 AM
kap lam yaa nga ke ni?
Quote Atata 14-10-2019 11:34 AM
cap_ayam replied at 13-10-2019 03:36 AM
Manjanya kekerasan minima.. kes ngamuk parang macam ni kalau ikut perasaan patutnya tembak je ubatny ...

Kalau tembak kang mcm2 lagi lah ceritanya dgn netizen acah bijak segala
Quote akakdendeng 14-10-2019 11:36 AM
nasib baik tak dihayun parang tu kena org lain....gilerrr

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 06:01 AM GMT+8 , Processed in 0.034310 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top