CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tuduhan Pemimpin DAP Terlibat LTTE Ada Kaitan Dengan PRK Tanjung Piai

14-10-2019 11:44 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3485| Komen: 26|Original author: Tukang Tulis

Gambar pertemuan M. Kula Segaran (kiri) dan aktivis LTTE di Tamil Nadu, Seeman Senthamilan yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook

Dakwaan berhubung sokongan DAP terhadap kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dikatakan mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bulan depan.

Andaian itu dibuat oleh Naib Pengerusi DAP, M. Kula Segaran seperti dipetik dari laporan Malaysiakini pada 12 Oktober. 

"Parti saya, DAP telah dilontarkan lagi dengan tuduhan yang sama ketika pilihan raya kecil semakin dekat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia mengulas tentang penahanan tujuh individu termasuk dua wakil rakyat DAP di bawah Akta Kesalahan Khas (Langkah-langkah Keselamatan) (SOSMA) kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menyokong kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) pada 10 Oktober lalu.


Lima lagi suspek ditahan di bawah SOSMA sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan seramai 12 orang yang ditangkap kerana disyaki terlibat dengan LTTE setakat ini.

Terdapat kemungkinan Pakatan Harapan (PH) meletakkan calon dari DAP memandangkan kerusi itu secara tradisinya ditandingi oleh parti tersebut kecuali dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menyaksikan calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Allahyarham Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik mewakili PH.

Gambar pertemuan M. Kula Segaran (kiri) dan aktivis LTTE di Tamil Nadu, Seeman Senthamilan yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook
Kula Segaran turut menafikan dakwaan bahawa beliau mempunyai kaitan dengan LTTE justeru menggesa polis menyiasat 'berita palsu' itu.

"Bukit Aman telah mengambil tindakan menentang penyebaran berita palsu dan perlu berbuat demikian dalam perkara ini," katanya yang diarahkan DAP untuk menguruskan pembelaan dua wakil rakyat dari DAP yang ditahan polis.

Gambar M. Kula Segaran dan pemimpin LTTE, Vaiko yang tular dalam media sosial. Kredit foto: Facebook
Agak di luar jangkauan pemikiran normal apabila tindakan tegas polis terhadap individu-individu yang disyaki anasir-anasir LTTE dikaitkan dengan PRK Parlimen Tanjung Piai. - CARI
1

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ina8895 14-10-2019 12:16 PM
Mende la si kula ni. Kaki belit betul
Quote Eric.n9 14-10-2019 12:33 PM
Alasan sebab PRK.
Hoho, cegah seblm parah wahai incik menteri.
Jangan dah meletup sana sini kat malaysia ni baru nak take action.
Quote Azharitubunga 14-10-2019 12:33 PM
Biar gambar berbicara..
Tp zaman sekarang, gambar dan vid pon boleh diputar lg.. belit selagi mampu..
Lambat lg ke giliran kula kulaan dan rama rama?
Quote dino 14-10-2019 12:33 PM
spesis ular
Quote R2D2 14-10-2019 12:38 PM
jgn la risau, ragu dan bimbang
PH tetap simpan pemimpin mcm ni
itu yg pengundi nak
nak kan pembaharuan
Quote Ina8895 14-10-2019 03:01 PM
Bila la si kula nak kena kutip ni?
Quote raxief 14-10-2019 03:43 PM
apa kaitan siot..
Quote dizekni 14-10-2019 03:48 PM
Kalo tak disebabkan 20% Melayu bodo sombong

tak adanya parti rasis teroris macam DAP boleh menang
Quote dino 14-10-2019 03:53 PM
dizekni replied at 14-10-2019 03:48 PM
Kalo tak disebabkan 20% Melayu bodo sombong

tak adanya parti rasis teroris macam DAP boleh menang

slhkan najib gak.. sbb klau die berundur dgn kak ros tu... wpun skrg aku percaya most fitnah...

tp hikmah amat besar... lps ni dap no chance... kecuali si bodohgemok je sokong
Quote dizekni 14-10-2019 04:08 PM
dino replied at 14-10-2019 03:53 PM
slhkan najib gak.. sbb klau die berundur dgn kak ros tu... wpun skrg aku percaya most fitnah...

...

Dia naik sebagai pemimpin melalui banyak lapisan dan proses pemilihan demokratik

tak kan nak berundur semata2 disebabkan fitnah
DAP yang disokong Melayu bodoh sombong 20%

Quote dino 14-10-2019 04:14 PM
dizekni replied at 14-10-2019 04:08 PM
Dia naik sebagai pemimpin melalui banyak lapisan dan proses pemilihan demokratik

tak kan nak be ...

tu aku ckp klau die berundur.. che det takkan tubuh parti lain.. pengkhianat org tua tu...

mmg tak sabar nak oru blk.. kasi hapys dap n konco2 dia
Quote dizekni 14-10-2019 04:36 PM
dino replied at 14-10-2019 04:14 PM
tu aku ckp klau die berundur.. che det takkan tubuh parti lain.. pengkhianat org tua tu...

mmg  ...

Dah terbukti langkah beliau pertahan maruah diri itu betul

prinsip berani kerana benar

cuma tepat la bahasa orang2 tua,
dah terhantuk baru terngadah

menang sorak kampung tergadai

nasi sudah jadi bubur
Quote Ina8895 14-10-2019 04:43 PM
dino: slhkan najib gak.. sbb klau die berundur dgn kak ros tu... wpun skrg aku percaya most fitnah...tp hikmah amat besar... lps ni dap no chance... kecuali ...


D4P dah mula import pengundi asing
Quote Ina8895 14-10-2019 04:44 PM
dino replied at 14-10-2019 04:14 PM
tu aku ckp klau die berundur.. che det takkan tubuh parti lain.. pengkhianat org tua tu...

mmg  ...

Memang najib ada persen dalam punca bn kalah
Quote Ina8895 14-10-2019 04:46 PM
dizekni replied at 14-10-2019 04:36 PM
Dah terbukti langkah beliau pertahan maruah diri itu betul

prinsip berani kerana benar

Tun m ni licik. Kita tengok apa lagi dia buat lepas ni. Dia bagi warning kat dap jangan tunjuk bagus. Kuasa di tangan dia. Polis siapa yang pegang.
Quote dino 14-10-2019 04:53 PM
Ina8895 replied at 14-10-2019 04:46 PM
Tun m ni licik. Kita tengok apa lagi dia buat lepas ni. Dia bagi warning kat dap jangan tunjuk bag ...

apa la pkirab org tua tu
Quote Muntz 14-10-2019 04:54 PM
dizekni replied at 14-10-2019 03:48 PM
Kalo tak disebabkan 20% Melayu bodo sombong

tak adanya parti rasis teroris macam DAP boleh menang

20% Melayu tak racist sis.

Quote relaxjek 14-10-2019 05:59 PM
Bukti bergambar dah ada.. ape lagi pdrm tangkap la si kula ni.. jgn bagi peluang..kasi cantas abis.. lumpuhkan rangkaian mereka..
Quote underground 14-10-2019 06:09 PM
aku bersyukur bbnu ramai undi PH.

kalau tak sampai sekarang tak nampak belang sebenar nobita, dapig dan hindraf.

juga pengkhianat spt bang non, bam mat dan sekutu.

next PRU pilihan amat jelas dan keras.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:45 PM GMT+8 , Processed in 0.182260 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top