Umum mengetahui bahawa banyak betul kontroversi yang menyelubungi pelakon Intan Najuwa sejak dia sudah bertunang. Dari khabar angin dia hanya mahukan wang daripada tunangnya sehinggalah adegan terlampau mesra di antara dia dan Idris Khan serta Zul Ariffin.
Walau bagaimanapun, Intan sendiri telah tampil dan menepis khabar angin buruk itu. Katanya, dia bukanlah murah sehingga sanggup membiarkan lelaki lain memegangnya sesuka hati dan semua itu hanyalah lakonan sahaja. Tetapi lain pula ceritanya apabila ada yang mengatakan bahawa tunang pelakon wanita nampaknya terasa hati dengan adegan mesranya. Menurut Insta Story yang dimuat naik oleh Fazrul Anwar, dia meluahkan rasa kecewanya yang dipercayai kerana tunangnya dilihat tidak menghormati dirinya sebagai tunang. Malah, lelaki itu turut mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja, menerusi Insta Story itu. Macam mana ni? Intan Najuwa kata okay tapi tunangnya macam marah? -CARI
|
ADVERTISEMENT