Sebagai seorang penjual, adalah menjadi kemestian untuk sentiasa melayan pelanggan dengan berhemah bagi memastikan reputasi terjaga. Penjual yang tidak beretika akan dipulaukan pelanggan dan menyebabkan perniagan mereka mengalami kesannya.
Bagaimanapun, prinsip itu nampaknya tidak diguna pakai oleh seorang peniaga wanita online di Carousell yang bukan sahaja melayan bakal pelanggan dengan kurang ajar, malah turut mempamerkan sikap rasis. Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter bernama Bella @Bellanasyaz, peniaga itu dikatakan marah apabila Bella menyatakan keinginan untuk melihat dahulu peti sejuk yang dijualnya sebelum membuat keputusan.
'Kau ingat ini kedai ke? Nak datang tengok bagai,' kata peniaga itu menolak permintaannya. Apabila Bella memberitahu bahawa menjadi amalan biasa untuk pembeli di portal Carousell untuk melihat barangan sebelum membeli, malahan kesanggupannya untuk datang melihat sendiri, penjual itu bertambah berang. 'Go waste someone else time, ini bukan perabot, bodoh tu simpan sikit. 'Just because kamu lelaki jangan rasa kamu boleh berlagak,' tambah peniaga itu yang menyangka Bella seorang lelaki. Bagaimanapun, apabila mengetahui Bella seorang wanita Melayu, peniaga itu semakin galak menghina dan menunjukkan sikap rasisnya. 'Woman? Aiyoo... kalau macam ini kebodohan perempuan Melayu, patutlah lelaki selalu bodohkan korang,' katanya lagi. Bella kemudian memutuskan untuk tidak meneruskan urusniaga dengan penjual tersebut. Netizen yang membaca perkongsian Bella mengecam sikap peniaga itu yang bukan sahaja kurang ajar, tetapi rasis. Bella akhirnya membuat laporan kepada admin Carousell dan maklumat terkini mengatakan pihak Carousell akan mengambil tindakan terhadap peniaga tersebut. Semoga insiden ini menjadi pengajaran buat peniaga-peniaga lain supaya sentiasa menjaga tutur kata ketika berurus niaga. |
Kurex replied at 26-10-2019 09:46 AM
Rentung ke tu? Ke leluhur tanah besar?
chilly replied at 26-10-2019 02:04 PM
ada fb Samantha Philip tu tak? Kehkehkeh
ADVERTISEMENT