Berita gembira buat semua peminat KPOP di seluruh dunia dan khasnya Malaysia. G-Dragon akhirnya telah tamat menjalani latihan tentera pada 26 Oktober 2019, baru-baru ini.
G-Dragon menunduk hormat dan memberikan ucapan khas, menerusi sebuah video yang viral di Twitter. "Saya kembali setelah menamatkan khidmat tentera. Terima kasih kerana sanggup menanti dan sudi datang bertemu saya harini. Saya akan kembali berkarya serta memulakan aktiviti saya seperti dahulu dan saya berusaha dengan gigih." G-Dragon memulakan khidmat tentera pada 27 Februari tahun lepas dan berkhidmat di 3rd Infantry Division, lebih dikenali sebagai "White Skull" atau unit tengkorak di Daerah Gangwon, Cheorwon. Selamat kembali KING! - CARI
|
hyie replied at 1-11-2019 12:36 AM
kulit diorang ni tak gelap pulak ye lepas join NS...ke kat korea sana tak panas terik macam kat mesi ...
ADVERTISEMENT