Kerana salah faham, seorang lelaki lunyai dibelasah selepas dituduh mencuri telefon. Itulah kes yang kini tular melibatkan seorang rider GradFood dan beberapa lelaki berbangsa India.
Terdahulu, sebuah rakaman video yang disebarkan @thatsiameseguy menunjukkan beberapa lelaki dipercayai berbangsa India membelasah seorang penghantar makanan. Rider itu dikatakan cuba mencuri telefon pintar milik lelaki India tersebut. Bagaimanapun, abang mangsa kini muncul menjelaskan cerita dari pihak kedua. Menurutnya, adiknya dibelasah kerana salah faham dan tidak sempat menjelaskan apa-apa sebelum lunyai dibelasah kumpulan lelaki terbabit.
Menurut abang mangsa, berlaku perlanggaran antara adiknya dan lelaki India tersebut, disusuli dengan pertelingkahan, menyebabkan telefon bimbit lelaki India itu terjatuh. Bagaimanapun, ketika adiknya cuba mengutip telefon itu untuk dikembalikan, tiba-tiba beliau dituduh menyamun dan pemandu India terbabit memanggil rakannya untuk membelasah rider berkenaan yang cuba menjelaskan perkara sebenar. Kejadian turut dirakam dan disebarkan. Tidak cukup dengan itu, abang mangsa mendakwa motosikal adiknya yang digunakan untuk mencari rezeki turut dimusnahkan walaupun mangsa beberapa kali merayu. Video yang tular dan penjelasan daripada abang mangsa menerima pelbagai reaksi daripada netizen. 'Lelaki ' tu repeat perkataan curi beberapa kali, mesti ada yang tak kena,' kata seorang netizen. 'But*h tak nak dengar penjelasan, lepas tu cakap lu Melayu cibai beberapa kali,' tambah seorang lagi. 'Tak sampai hati nak tengok video, kejamnya,' luah seorang lagi. Ada juga netizen yang berpendapat betapa pentingnya mendengar cerita dari kedua-dua belah pihak. 'I agree, we need two sides of story, but destroying his asset is too much,' katanya. Kesahihan cerita kedua belah pihak kini belum dapat dipastikan, jadi diharapkan pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan supaya pihak yang bersalah akan dikenakan tindakan sewajarnya. - CARI
|
shernazz replied at 29-10-2019 10:48 PM
Akubdok pikior
Ape la ankonces ni..
Jilaka..hahahahahaha
shernazz replied at 29-10-2019 10:48 PM
Akubdok pikior
Ape la ankonces ni..
Jilaka..hahahahahaha
anastasia7 replied at 29-10-2019 11:58 PM
Ankonces sekali tengok mcm anchovy
sekngucing replied at 30-10-2019 01:27 AM
au benci sangat dgn kaum ni... dlm 9 org... 10 tsk bleh percaya..
daun_getah replied at 30-10-2019 05:49 AM
sorry guys...x dapat tangkap lagi...apa tu ankonces?
miracle_forever replied at 29-10-2019 03:04 PM
muahahhahha terima kasih cracked the code! jadah betul eja mcm tu. back to topic, kena dorang buat ...
Malaysia.Doom replied at 29-10-2019 03:21 PM
Mesti Ada budak Melayu tu buat something sampai abam2 India tu marah
Abam2 India bawa sabar ye... ...
gigahertz replied at 30-10-2019 07:29 AM
org kita dah jadi punch beg sekarng ni . silap sikit pukul
ADVERTISEMENT