Isu bodyshaming nampaknya masih lagi menjadi perdebatan hangat di kalangan warganet. Ada yang berkongsi bagaimana mereka menjadi mangsa dan menghadapi mulut-mulut 'puaka' ini, dan ada juga pihak yang menganggap si mangsa sebagai memberi reaksi berlebihan. Kononnya si mangsa ini 'play victim' dan tidak terbuka dengan kritikan. Pelbagai lagi pandangan lain terhadap isu bodyshaming ini.
Namun, bagaimana pula dari sudut agama Islam, adakah bodyshaming ini dilihat satu isu ringan mahupun sebaliknya? Penceramah bebas, Da'i Wan Dazrin tampil mengingatkan semua pihak yang perbuatan tersebut sememangnya dilarang agama. Menerusi rakaman video di Twitter, Wan Dazrin berkata perbuatan itu dilarang Nabi Muhammad, malah kepada isteri baginda yang mengaibkan madunya. “Aishah bercerita tentang tubuh badan Sufiah yang pendek lalu Rasulullah bersabda: 'engkau mengeluarkan kalimah maka jika diletakkan di dalam laut, maka berubahlah rasa airnya'. “Ia menunjukkan Rasulullah tidak menyukai apa yang dikatakan Aishah,” kongsinya menerusi video tersebut.
Bukan itu sahaja, menurut Wan, menghina badan orang lain juga boleh menyebabkan seseorang itu diheret ke lembah neraka yang keluasannya 70 tahun perjalanan, seperti sabda Nabi Muhammad. "Cakaplah benda yang baik-baik. Kalau tiada, lebih baik diam,” tambahnya. Warganet nampaknya bersetuju dengan perkongsian tersebut dan turut mengkritik tindakan para pelawak misalnya yang menjadikan bodyshaming sebagai modal mereka. Apa pula pendapat anda? - CARI |
Kurex replied at 30-10-2019 01:25 PM
@renko suka topik ni kan...
renko replied at 30-10-2019 01:52 PM
apa?
neraka
bukan kau menghampiri ke
Kurex replied at 30-10-2019 01:58 PM
Orang yg bodyshaming ni golingan apa?
Aku syak kau sebenarnya pompuan.. Tu yg kau berani dgn ak ...
renko replied at 30-10-2019 02:00 PM
wauuuu kalau lelaki
xmain bontot
simple as that
iloveselangor replied at 30-10-2019 01:46 PM
Meols pun kena body shaming dengan forummer si Sarah tu...Ang memang tak beriman.
sarah82 replied at 31-10-2019 08:38 AM
Contoh seorg yg beriman gitu.
iloveselangor replied at 31-10-2019 09:11 AM
Ni thread pasal body shaming....jangan nak offtopic.
Meols akan Jaja body shaming uols tu.
ADVERTISEMENT