Selepas trend 'cheese' dan 'salted egg', semua makanan nak 'dibobakannya'. Kalau sebelum ini kedai teh di Filipina memperkenalkan Kentang Goreng Boba, Taiwan pun tak nak kalah juga!
Jika anda seorang yang 'pelik' mahu menikmati piza dan teh boba dalam masa sama, Domino's Taiwan menawarkan piza teh boba istimewa. Kredit foto: Taiwan News Menurut Shanghaiist, piza itu didatangkan dengan topping yang dihiasi bebola mochi dan boba berserta madu.
Namun, menu ini hanya ditawarkan dalam masa terhad sahaja iaitu sehingga 24 November ini. Untuk saiz regular, piza teh boba ini boleh dibeli pada harga NT199 (RM27.30). Habis semua makanan nak diletak boba! Tapi, jika dilihat pada gambarnya nampak agak menarik juga. Eh, lalu ke nak telan? - CARI
|
RatuDunia94 replied at 30-10-2019 07:22 PM
Malaysia x nk buat ke? Sambal boba makan dgn nasi lemak..
RatuDunia94 replied at 30-10-2019 07:22 PM
Malaysia x nk buat ke? Sambal boba makan dgn nasi lemak..
ADVERTISEMENT