Selepas trend 'cheese' dan 'salted egg', semua makanan nak 'dibobakannya'.
Kalau sebelum ini kedai teh di Filipina memperkenalkan Kentang Goreng Boba, Taiwan pun tak nak kalah juga!
Kredit Foto: Facebook The Pearl Fajardo
Jika anda seorang yang 'pelik' mahu menikmati piza dan teh boba dalam masa sama, Domino's Taiwan menawarkan piza teh boba istimewa.
Kredit foto: Taiwan News
Menurut Shanghaiist, piza itu didatangkan dengan topping yang dihiasi bebola mochi dan boba berserta madu.
Kredit foto: Shanghaiist
Namun, menu ini hanya ditawarkan dalam masa terhad sahaja iaitu sehingga 24 November ini.
Untuk saiz regular, piza teh boba ini boleh dibeli pada harga NT199 (RM27.30).
Kredit foto: SCMP/FB Domino's TW
Habis semua makanan nak diletak boba! Tapi, jika dilihat pada gambarnya nampak agak menarik juga. Eh, lalu ke nak telan? - CARI |