Entah apa yang merasuk seorang wanita sehingga menyebabkan dia menembak cermin tingkap di restoran KFC di Shelbyville, Kentucky, Amerika Syarikat pada 29 Oktober lalu. Suspek dikatakan bertindak sedemikian semata-mata kerana pekerja KFC tidak memberi tisu dan garfu bersama makanan yang dipesannya. Memetik laporan Daily Mail, kejadian itu berlaku di kawasan pandu lalu restoran KFC itu. KFC dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa syarikat itu bersyukur kerana tiada siapa pun yang cedera dalam insiden tersebut. "Kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk menyiasat insiden itu," kata KFC. Polis Kenctucky telah memulakan siasatan dan mengumpulkan maklumat tentang suspek. Sementara itu, pengurus restoran Subway yang berhampiran, Charlene Witt menyatakan, dia mendengar tentang kejadian daripada seorang pelanggan. "Saya tidak dapat memikirkan apa yang ada dalam kepala wanita itu sehingga menyebabkan dia mengeluarkan pistol dan menembak tingkap. Ia menakutkan," katanya. Mungkin wanita itu mengharapkan layanan terbaik daripada pekerja sebuah restoran KFC di Kentucky yang merupakan negeri kelahiran ayam goreng resipi istimewa Kolonel Sanders. - CARI
|
duri_durians: ya astaga...makan kfc pakai tangan la derrr.pastu lap kat baju ke kat rambut keeesetiap masalah ada penyelesaiannyatapi keganasan bukan jalan terbaik
duri_durians replied at 1-11-2019 10:43 AM
ya astaga...
makan kfc pakai tangan la derrr.
Artemesiaa replied at 1-11-2019 11:31 AM
Akibat bila senjata api dibenar guna secara berleluasa
duri_durians replied at 1-11-2019 10:43 AM
ya astaga...
makan kfc pakai tangan la derrr.
jazaa100 replied at 1-11-2019 02:36 PM
Org laparni baran dorang lain mcm
ADVERTISEMENT