Insiden pelawak Along Cham dihalang daripada berjalan di atas karpet merah Anugerah Skrin 2019 turut mendapat perhatian Jasmin Hamid. Aktres berkenaan meluahkan rasa terkilannya mengenai kejadian pada Jumaat lalu itu menerusi Instagramnya. Tegasnya, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku dalam anugerah berprestij sedemikian. "Petugas yang di berikan mandat, harus lebih peka dengan hal sebegini terutama bila melibatkan karyawan yang ada kad jemputan, apatah lagi pada calon. "Ini akan memburukkan nama penganjur. "Sedih bila anak seni di perlekehkan macam ni. Takkan nak kena pakai tag nama baru nak kenal dan baru boleh masuk?" soalnya. Jasmin kemudian memuji Along kerana 'cool' berdepan insiden seperti itu selain mengucapkan tahniah kerana tercalon dalam Top 5 Pelakon Lelaki Terbaik Filem. Along atau Muhammad NIzamuddin Ahmad, 35, sebelum ini dihalang petugas daripada melalui karpet merah dan diarahkan untuk menuju ke laluan lain. - CARI
|
MadameOnion replied at 4-11-2019 02:41 PM
aku suka je along ni..tapi menyampah dgn partner dia dlm group cham tu..try hard sangat padahal tak ...
ADVERTISEMENT