Aksi comel penyanyi Sarah Suhairi mendapat perhatian ramai sebaik sahaja sebuah video dikongsikan di laman Youtube.
Sarah Suhairi, 19, telah dijemput oleh saluran Youtube Blimey untuk ke Korea Selatan bagi satu kandungan video. Menerusi video itu, banyak aktiviti dilakukan ketika berada di negara K-Pop itu. Memang mengujakan. Namun, apa yang mengejutkan Sarah ialah beliau dikehendaki untuk menyampaikan lagu dangdut kepada peminat di sana. Biar betul! Tambah Sarah lagi, beliau pada mulanya risau tentang penerimaan penonton di sana, namun tidak menyangka persembahan dangdut ini mendapat pujian ramai. Menerusi lagu 'Senggol Senggolan, Cubit-Cubitan', aksi Sarah Suhairi mendapat perhatian ramai sebaik sahaja video dikongsikan di laman Youtube. Malah, ramai di kalangan warganet berasa terharu kerana Sarah membawakan nama Malaysia dengan baik menerusi persembahan hebatnya. Selain itu, difahamkan video tersebut trending di tangga pertama menerusi Youtube. Hebat betul! Alahai, makin rancaklah demam Korea di kalangan orang kita ya. - CARI |
kaoru44 replied at 11-11-2019 12:09 PM
Blimey pun dh upgrade video2 depa..
Bbnding dulu la..tp iols ok tgok sarah ni..xgedik mana..speakin ...
ADVERTISEMENT