Ramai yang mengetahui bahawa penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini terbabit dalam satu kemalangan jalan raya hingga menyebabkan beliau patah tangan. Menurut info, punca kemalangan terjadi apabila basikal yang ditunggangnya tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, di Jalan Pusara di Kuala Terengganu. Ustaz Azhar Idrus dikatakan semakin pulih dan khabar gembira ini dikongsikan sendiri oleh Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus semalam, ketika menziarahi Ustaz Azhar di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
"Alhamdulillah berkat doa orang ramai" Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus, juga turut memuat naik sekeping foto bersama Ustaz Azhir Idrus ketika berada di dalam wad. Ramai yang mengucapkan kesyukuran setelah mengetahui keadaan Ustaz Azhar Idrus semakin pulih. Ruangan komen telah dipenuhi dengan ucapan dan doa orang ramai buat Ustaz Azhar Idrus. Semoga diberikan kesembuhan! Ustaz Azhar Idrus juga dikatakan telah menjalani pembedahan memasang implan untuk menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya yang patah disebabkan kemalangan tersebut. - CARI |
ADVERTISEMENT