Pencetus Ummah(PU) Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail yang kini turut bergelar pelakon telah meluahkan rasa cemburunya terhadap pelakon Hafidz Roshdi melalui satu posting di laman Instagramnya. Posting tersebut ditujukan khas kepada Hafidz Roshdi bersempena hari kelahiran pelakon tersebut sekaligus mendedahkan keperibadiaan dan semangat Hafidz Roshdi dalam mendalami ilmu agama. Menurut PU Rizz yang pernah bekerjasama dengan Hafidz dalam drama Kelip-kelip di kota London, dia amat mengagumi sikap pelakon itu yang amat menjaga solat fardhu lima waktu sehari malah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat sekiranya berkelapangan. Mungkin ini juga menjadi kunci rezeki pelakon ini. "Subhanallah, kagum dan hebat. Serious aku cemburu," ujar PU Rizz lagi. Tambahnya lagi, Hafidz turut memasang penggera di telefon pintarnnya bagi mengingatkan dia untuk bangun mendirikan solat Subuh. "Bangun solat jauhi mungkar akan tertera pada alarm Hafidz. Memang bangun subuhlah cerita dia," katanya. Mujurlah pendedahan ini dibuat oleh individu lain dan bukan tuan empunya badan sendiri. Jika tidak,nescaya pelakon tersebut akan terus dilabel riak dan menunjuk-nunjuk di laman sosial oleh netizen. Selain itu, Hafidz Roshdi turut membintangi filem Pusaka yang kini sedang ditayangkan di pawagam dan khabarnya kini filem itu telah berjaya meraih kutipan melebihi RM7.2 juta setelah 11 hari tayangan.
|
lasagna replied at 15-11-2019 01:44 AM
alhamdulillah solat terjaga..
terigt dlu teruk heols kena kecam sbb jodoh tak bape nk cun. kesian ...
inspiro92 replied at 15-11-2019 10:07 AM
Aku pun tak paham tgk orang yang suka kecam penampilan bini dia. Seronok je tengok keluarga kecik ...
cicicumel replied at 15-11-2019 10:43 AM
Perlu ke buat post khas utk kawan ko dan memuji tentang ibadat dia dgn Allah?
kalu i jadi Hafidz i ...
cicicumel replied at 15-11-2019 11:43 AM
Perlu ke buat post khas utk kawan ko dan memuji tentang ibadat dia dgn Allah?
kalu i jadi Hafidz i ...
cicicumel replied at 15-11-2019 11:43 AM
Perlu ke buat post khas utk kawan ko dan memuji tentang ibadat dia dgn Allah?
kalu i jadi Hafidz i ...
ADVERTISEMENT