Nampaknya pencinta buku negara mengecam dan tidak berpuas hati apabila penganjuran Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) akan dilakukan di Maeps, Serdang.
Memetik laporan ProjekMM, ia dijadual berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (Maeps) pada 27 Mac hingga 5 April 2020, lokasi sama pada 2016. Difahamkan lokasi itu sebelum ini tidak mendapat sambutan sehangat seperti apabila dianjurkan di PWTC, Kuala Lumpur. Oleh itu, pesta berkenaan dijangka mengulangi sambutan hambar seperti tahun 2016. Warganet meluahkan rasa kurang puas hati dan membangkitkan pelbagai isu berkaitan lokasi tersebut. Ini termasuklah, mobiliti dan akses kemudahan awam serta penginapan jika pesta itu diadakan di situ.
Kebanyakan warganet menyatakan mereka lebih menggemari lokasi Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kerana pelbagai kemudahan di situ. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
Boomibulat replied at 15-11-2019 06:06 PM
Knp x buat kat PWTC je.. UMNO x kasi pinjam ke?
Kurex: nk cari novel seram dari novelis yg tak sampah
Orix replied at 15-11-2019 05:19 PM
Iols pnah gi sekali jah pesta buku kt pwtc.. hambar jah maybe sbb xde buku BM yg iols suka..acik2 be ...
sarah82 replied at 15-11-2019 06:49 PM
BBW bulan 12 kan?
mialunar replied at 15-11-2019 06:59 PM
Haah...sendu jugak tue agaknya.. Tapi boleh la jugak.. Kene menyelam baru jumpa buku best2
sarah82 replied at 15-11-2019 08:27 PM
Masa buat kat tesco mergong baru ni x sempat join.. Nak cari ps la utk BBW.
fly_in_d_sky replied at 15-11-2019 06:18 PM
tak pernah sebab takut choice buku tak menarik
semua cerita cinta
saya nak buku pelik-pelik ... va ...
mialunar replied at 15-11-2019 09:57 PM
Banyak ps sis...kat fb.. Insta... Berlambok
ADVERTISEMENT