Lufya Omar terkejut apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum tak mahu menceraikannya di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, hari ini.
Katanya dia pelik sungguh dengan tindakan lelaki berkenaan.
"Saya tidak boleh komen banyak kerana masih dalam prosiding mahkamah. "Tapi apa yang peliknya, sebelum ini suami saya sudah melafazkan cerai menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan di beberapa portal media. "Namun, hari ini lain pula yang jadi apabila dia bertindak menarik balik lafaz tersebut dan enggan menceraikan saya. Saya pelik," katanya kepada Gempak.
Hafiz pula enggan mengulas lanjut dan memberitahu yang dia tak akan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah. "Saya tak boleh ulas lanjut. Saya dinasihati oleh peguam saya untuk mengikut prosedur yang ditetapkan mahkamah. "Sebagai bapa, saya tahu tanggungjawab saya dan takkan mengabaikannya. Pada masa yang sama, saya takkan pisahkan anak dengan Lufya," katanya. 10 Disember ditetapkan bagi kedua-dua pihak hadir untuk sebutan semula kes dan melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kemelut rumah tangga mereka. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|