Siapa tak kenal dengan Michael Ang, pengarah drama terkenal di Malaysia yang tak segan langsung untuk menyuarakan pendapatnya tanpa tapisan langsung. Bukan sahaja rakyat biasa, bahkan ramai juga artis yang terkena tempias kerana bidasannya yang lantang itu.
Terbaru, Michael mengkritik penampilan beberapa peserta Dewi Remaja 2019 yang kini sedang bersiaran di Astro RIA. Bukan sahaja peserta yang diperli, bahkan jurugaya dan jurugambar terkena sekali! Sama juga dengan kemahiran fotografi jurukamera yang boleh dianggap sebagai caca marba kerana terdapat orang ramai yang ikut interframe sekali.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kritikan Mchael Ang itu. Kata mereka, fesyen yang dikenakan nampak outdated dan tidak moden langsung. Nampak pelik pun ada! Apa pula pendapat anda? - CARI
|
Asdan replied at 19-11-2019 10:47 AM
macam pakaian bancuh simen
Asdan replied at 19-11-2019 10:47 AM
macam pakaian bancuh simen
ADVERTISEMENT