"Sama-sama beringatlah bila nak keluar duit di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) masa tengah malam." Itulah yang dikatakan kepada para warganet susulan sebuah foto yang tular menunjukkan seorang pemuda terperangkap dalam bilik mesin ATM.
Difahamkan, dia tersekat di bilik itu ketika mahu mengeluarkan wang pada jam 12 tengah malam. Memetik laporan Sinar Harian, kejadian itu berlaku di sebuah bank di Bandar Perda, Bukit Mertajam. "Member kena kunci dalam bank, hahahahahaah, pintu terkunci secara automatik sebab dah jam 12 tengah malam. Sama-sama beringat la bila nak keluar duit dari mesin ATM tengah malam," tulis status di Facebook Penang Kini berhubung kejadian tersebut.
Susulan itu, para warganet turut berkongsi tips untuk menghadapi situasi berkenaan. "Kalau terperangkap ada suis dalam itu kalau tak dak ada CCTV, sila tekan interkom kat dinding kemudian ada operator yang menjawab... Kalau tak reti tunggu la sehingga 6 pagi baru boleh buka," kongsi seorang pemuda. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
CatMiow replied at 19-11-2019 08:22 PM
Kalau bank islam ada notis tulis, rasanya 5minit sebelum shutter turun akan ada bunyi, kuat juga bu ...
ADVERTISEMENT