Pelbagai kaedah pemasaran dibuat oleh sesetengah peniaga produk tempatan untuk menarik perhatian pembeli dan melariskan produk mereka termasuklah membuat iklan kurang sopan atau lucah.
Terbaru, viral di Facebook iklan sejenis produk ubat kuat lelaki yang turut menyelitkan unsur-unsur sedemikian yang mengundang kecaman netizen. Dalam iklan itu, terdapat dua orang pelakon lelaki dan wanita berbincang mengenai alat sulit lelaki yang dikatakan bersaiz kecil jika seseorang itu merupakan ahli bina badan di samping memperkenalkan satu produk untuk lelaki.
Usai kontroversi iklan tersebut, pelakon lelaki dan wanita tersebut yang merupakan instafamous tampil memberi penjelasan bahawa kedua mereka hanya menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan oleh pengusaha produk. Mereka turut mengakui menerima bayaran sangat lumayan untuk video yang berdurasi 1 minit itu. Malah segala adegan yang dilakonkan adalah mengikut skrip yang diberikan. Pelakon-pelakon tersebut turut memohon netizen tidak menilai mereka melalui media sosial sebelum mengenali hati budi mereka yang sebenar. Penjelasan ini mengundang pelbagai reaksi dari netizen terutamanya pengikut kedua instafamous ini sejak sekian lama. Kredit foto: Instagram Nadiraisaac Tidak semestinya produk sebegini wajib diiklankan menggunakan kaedah lucah, seks dan kurang sopan. Sebenarnya banyak lagi strategi pemasaran lain yang lebih molek boleh digunakan. Matlamat tak menghalalkan cara. - CARI |
gummiebear replied at 20-11-2019 11:44 AM
Yang lelaki tu dah macam hulk
shark_eow7 replied at 20-11-2019 12:16 PM
tengok kat mana ntah.. ada sorang netizen komen.. "nak air byk2 buat apa. buat sirap kee.".. lagi so ...
natrahn replied at 20-11-2019 12:09 PM
macam lain je struktur body dia..selalu tengok orang body builder lain kan..
ADVERTISEMENT