Pelbagai sumber media melaporkan bintang KPop Goo Hara, 28, ditemui mati di rumahnya di Cheongdam-dong, Selatan Seoul. Sebab kematian belum diketahui setakat ini, tetapi penyanyi itu pernah ditemui pengsan pada Mei lalu dalam satu cubaan membunuh diri.
Kematian penyanyi yang pernah menganggotai kumpulan wanita popular Kara ini mengejutkan industri hiburan Korea Selatan. Mayat beliau ditemui sekitar jam 6.09 petang di kediamannya, lapor Koreaboo. Goo menyertai kumpulan Kara pada 2008, tetapi menjadi artis solo selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2016. Pada Septembar 2018, Goo pernah menyaman bekas teman lelakinya atas dakwaan dikasari dan dirakam secara haram apabila lelaki itu mengugut untuk menyebarkan gambar peribadinya. Lelaki itu kemudiannya didapati bersalah dan dipenjarakan 18 bulan. Pada Mei 2019 pula, Goo ditemui tidak sedarkan diri di kediamannya dalam satu cubaan membunuh diri. Korea Selatan kini antara negara yang mempunyai kadar bunuh diri tertinggi di dunia, dan kebanyakan daripada berumur bawah 40 tahun. Lebih tragis, kematian Goo berselang sebulan selepas kematian seorang lagi bintang KPop, Sulli yang juga merupakan kawan baik Goo. Sulli dilaporkan membunuh diri berikutan kes buli siber. Selepas kematian Sulli, Goo meninggalkan mesej di Instagramnya. "Saya harap kamu tidur nyenyak di syurga tanpa sebarang kebimbangan lagi," katanya. Satu lagi berita buruk untuk peminat Kpop, membuktikan kerisauan ramai bahawa di sebalik glamor, artis Kpop hidup dalam dunia yang penuh dengan tekanan. - CARI
|
1
Bagus |
3
Marah |
2
Terkejut |
14
Sedih |
2
Lawak |
1
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ffbeauties: Korean ni sebenarnya mentaliti PPRT kan. Perangai marhein pon ada sipi sipi mainland.Bila tengok Hello counselor tu baru aku realize teruk jugak socie ...
ffbeauties replied at 25-11-2019 10:36 AM
Korean ni sebenarnya mentaliti PPRT kan. Perangai marhein pon ada sipi sipi mainland.
Bila tengok H ...
ffbeauties: Korean ni sebenarnya mentaliti PPRT kan. Perangai marhein pon ada sipi sipi mainland.Bila tengok Hello counselor tu baru aku realize teruk jugak socie ...
RatuDunia94: That a price for someone has to pay for being famous. Sedangka kita yg duk kat ceruk dapur xde org kenal pon boleh alami kemurungan. Inikan mereka yg ...
ADVERTISEMENT