Terdahulu, pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac mengeluarkan kenyataan larangan pelakon muda disolek tua dalam drama dan telefilem terbitan mereka bermula Januari tahun hadapan.
Keputusan ini disambut baik stesen penyiaran dan pelakon veteran kerana isu ini telah disuarakan sejak sekian lama. Lagipun, peraturan terbaru ini bertujuan untuk memastikan jaminan pelakon veteran masih ditawarkan pekerjaan. Walau bagaimanapun, Michael Ang menyifatkan peraturan baru ini tidak masuk akal dan menyekat kebebasan berkarya. Namun begitu bagi pelakon Siti Elizad, beliau bersetuju dengan larangan tersebut. "Saya setuju dengan peraturan terbaru dari Finas itu kerana saya juga akan menjadi tua suatu hari nanti, tak salah kalau industri hiburan tempatan keluarkan semula pelakon lama kerana jika dilihat, masih ramai antara mereka yang tiada kerja kerana tidak menerima tawaran lakonan."
"Secara peribadi sebagai seorang pelakon, kita harus utamakan pelakon dari generasi lama kerana mereka memang berbakat, kita ada Wan Maimunah, Fauziah Nawi dan ramai lagi. "Sekarang pelakon baru muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan, jika pelakon-pelakon senior diberi keutamaan, sudah tentu pelakon-pelakon baru dapat menimba ilmu dari mereka ketika bekerjasama dalam sesebuah drama ataupun filem," ujarnya memetik laporan Astro Gempak. Hal ini turut dipersetujui Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh bahawa cadanganitu disambut baik tetapi semuanya mengikut kesesuaian. "Sebagai contoh, jika ada watak yang bersesuaian untuk memaparkan golongan berusia emas, ia seharusnya diberikan kepada pelakon veteran. "Jika watak itu memerlukan kesinambungan dan memaparkan transisi dari zaman muda ke tua, pelakon yang sama harus digunakan. Tetapi, seperti yang dikatakan, semuanya bergantung mengikut kesesuaian," katanya. Tambah Khairul, Astro sedia bekerjasama untuk mencari kata sepakat mengenai peraturan tersebut supaya tidak menimbulkan masalah kepada penerbit dan pengarah drama serta filem. Ada baiknya syarat seumpama ini dikenakan bagi menjaga hak dan kebajikan artis veteran kerana pelakon lama juga masih mampu menarik minat penonton-penonton jua. - CARI
|
mieymiey replied at 26-11-2019 10:57 AM
Vice versa. Chuols pun tak sesuai bawa watak budak college. Nampak naw kertu.
P/S : cantik hidung c ...
natrahn replied at 26-11-2019 11:02 AM
ye ke buat?? make up kot huhu atau ilusi optik hehehe
"Jika watak itu memerlukan kesinambungan dan memaparkan transisi dari zaman muda ke tua, pelakon yang sama harus digunakan. Tetapi, seperti yang dikatakan, semuanya bergantung mengikut kesesuaian," katanya.
ADVERTISEMENT