Selepas 12 tahun menyepi dari dunia glamor, Naqiu Boboy membuat comeback dengan menyertai program hiburan Gegar Vaganza musim yang ke-6.
Menampilkan persembahan terbaik setiap minggu dan sentiasa mendapat komen positif dari barisan juri, Naqiu nampaknya tidak dapat tidak lari dari kontroversi yang melandanya kini. Baru-baru ini, sebuah forum gosip hiburan telah membongkar kehidupan sebenar seorang selebriti yang pernah berpoligami. Lebih mengejutkan apabila isteri kepada penyanyi lelaki yang dimaksudkan itu didakwa memaksa untuk menceraikan isteri pertama yang pernah menjadi kawan rapatnya sebelum ini. Dakwa pengguna itu lagi, anak pertama dan ketiga penyanyi itu merupakan hasil daripada perkahwinan pertamanya. Biarpun tidak menujukan dakwaan itu terhadap mana-mana selebriti namun ramai yang mengandaikan kenyataan itu dikaitkan dengan Naqiu.
Naqiu walau bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah beristeri dua dan menganggap perkara itu lucu dan tidak logik memandangkan faktor usia kelima-lima anaknya berselang setahun setiap seorang. "Tengok muka saya ni layak ke nak ada dua isteri? Tak adalah! Saya tak tahu dari mana datangnya cerita itu. "Anak-anak saya kan rapat-rapat, bila masa saya nak kahwin lain? Inilah dakwaan paling kelakar dan saya tak sangka. Anak-anak saya berusia tujuh, enam, lima, empat dan yang bongsunya baru setahun. "Ruang mana saya nak cari isteri lain?" jelasnya memetik laporan Astro Gempak. Namun begitu, Naqiu mengganggap dakwaan sebagai perkara yang positif memandangkan semakin ramai yang memberikan perhatian kepadanya. "Saya terbuka pada apa-apa pun, itu bermaksud orang memberikan perhatian kepada saya. "Dari sudut positif, orang sentiasa mencari saya. Selepas 12 tahun berdiam, baru sebulan lebih ini orang mengorek kisah saya sedalam-dalamnya. "Mungkin ada kemungkinan yang baik dalam karier saya kelak". Kontroversi ada pro dan kontranya. Namun sesetengah kontroversi boleh merosakkan kerjaya. Apapun, selamat maju jaya Naqiu! - CARI
|
beni_nikaido replied at 26-11-2019 10:29 AM
benang dah ada.....
tu kisah silam dia...buat ape dikorek2
mongoose_kidz replied at 26-11-2019 10:14 AM
x kisah la nk kawin brp byk pun...
tp bila menafikan ni aku rase x kena pulak..propa ye ko naqiu
j ...
beni_nikaido replied at 26-11-2019 10:29 AM
benang dah ada.....
tu kisah silam dia...buat ape dikorek2
boojaat replied at 26-11-2019 10:33 AM
Kan... Byk yg acah2 pejuang isteri2 teraniaya.. entah2 ex wife aman damai jer mengulit laki baru.. ...
kerill replied at 26-11-2019 10:37 AM
Dia buat prangai skg sbb x ngaku..klo ngaku xdak la prangai...x ngaku tu yg org x puas ati...keh3
beni_nikaido replied at 26-11-2019 10:29 AM
benang dah ada.....
tu kisah silam dia...buat ape dikorek2
kualibesi replied at 26-11-2019 10:52 AM
mne benang nye? xjumpa plk
beni_nikaido replied at 26-11-2019 10:29 AM
benang dah ada.....
tu kisah silam dia...buat ape dikorek2
ADVERTISEMENT