“Komunis bukan hanya mahu menyebarkan ideologi sahaja, tetapi mahu merampas kedaulatan dan kepimpinan negara." PAS mendakwa ada pihak sengaja mengangkat pemimpin komunis sebagai pejuang kemerdekaan dengan mengubah sejarah, membawa pulang abu Chin Peng yang kemudian ditabur di Lumut serta menghina Jalur Gemilang.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man percaya pihak terbabit sengaja mencetuskan perkara tersebut. Dakwanya, pihak terbabit tidak akan berhenti bagi memastikan agenda komunisme menjadi dominan di Malaysia. Berikutan itu, Tuan Ibrahim memberi peringatan agar tidak sekali-kali mengganggu-gugat keharmonian negara ini dengan ancaman komunisme. “Komunis melakukan pemberontakan bersenjata di Malaysia sehingga mengorbankan ribuan nyawa termasuk perajurit negara. Luka lama akan berdarah kembali.
“Kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mematahkan agenda bahaya komunisme di negara ini,” katanya dipetik dari Malaysia Gazette. MalaysiaKini sebelum ini melaporkan, abu mayat Chin Peng, atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dibawa pulang dari Thailand dua bulan lalu. Abu mendiang bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang meninggal dunia pada 2013 itu ditaburkan di laut berhampiran Lumut di Perak dan kawasan hutan banjaran Titiwangsa, tanpa sebarang tugu atau jirat. - CARI
|
Nokiaman replied at 28-11-2019 05:56 AM
Da jadi abu Tuan Haji..
Sudah sudahlaa tu....
Da jadi abu , agenda apa pulak lagi....
Nokiaman replied at 28-11-2019 06:30 AM
Ideologi Komunisme ada dimana mana..
Kerajaan kan pantau mende nie semua..
Asal abu pon nak sent ...
harizs replied at 28-11-2019 06:49 AM
Kenapa sayang benar mrk ni termasuk mat sabu & tommy thomas dgn chin peng?
pokaibanktokyo replied at 28-11-2019 07:19 AM
Setakat bangkai sekor pondan tali barut Soviet buat habuk di malaysia pun mau heran ka?
lostfaith replied at 28-11-2019 07:35 AM
Sila tangkap yg mana bawa balik abu chin peng n dakwa as pengkhianat negara
Nokiaman replied at 28-11-2019 07:49 AM
Ye laa tu
Awak tu berfikiran luasssss sangat
Rajin tak curibtulang
brownstone replied at 28-11-2019 07:53 AM
Komunis = rampas semua harta2 orang kaya, hakmiliknegarakan semuanya dan tanah2 diagih kepada rakyat ...
dino replied at 28-11-2019 06:45 AM
tu la ko tgk dr perspektif sempit..
doktrin komunis tu kekal.. bagaimana abu bleh masuk menteri t ...
Nokiaman replied at 28-11-2019 08:01 AM
Yg patut buat kerja
Tak buat kerja
Gi salahkan depa nun
brownstone replied at 27-11-2019 11:53 PM
Komunis = rampas semua harta2 orang kaya, hakmiliknegarakan semuanya dan tanah2 diagih kepada rakyat ...
brownstone replied at 28-11-2019 08:01 AM
Pernah gi sempadan tak? Ko tahu kan kalau bawa kereta ada red lane ada green lane?
Diorang bol ...
dino replied at 28-11-2019 07:57 AM
apa ideologi komunis tu bab harta benda je ke?
dino replied at 28-11-2019 07:39 AM
klau dah geng dap nak tangkap kot celah mana? melayu ty proksi je...
tgk mazlee tu bkn main cin ...
brownstone replied at 28-11-2019 08:07 AM
Memang itulah ideologi komunis...baca2 betul2 sistur...
Negara yg ada parti komunis tak semesti ...
Nokiaman replied at 28-11-2019 05:56 AM
Da jadi abu Tuan Haji..
Sudah sudahlaa tu....
Da jadi abu , agenda apa pulak lagi....
ADVERTISEMENT