Semakin panas kontroversi yang melanda rumah tangga Dai Nik Ahmad Farhan apabila muncul surat terbuka daripada seorang individu yang merupakan rakan baik isteri pertamanya mendakwa pendakwah itu berkahwin dengan janda anak lapan secara senyap-senyap dan tidak diredhai.
Tanpa berdiam diri, Dai Farhan membuat laporan polis dan tuntutan saman terhadap individu itu dan beberapa individu yang lain. "Daku tak mencari dia, dia tak mencari daku..Allah yang pertemukan kami di sisi Baitullah, dibawah payungan langit Kaabah. Di Tanah Suci juga kami disatukan dengan ikatan pernikahan, amanah buat ku untuk mendidik dan menjaga isteri kedua ku ini bersama 8 orang anaknya yang baik hati." katanya kepada portal mstar. Menerusi sebuah entri di Instagram dia membuat dua laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Lihat foto di bawah.
Dai Farhan mahu tindakannya ini menjadi pengajaran buat semua netizen agar menggunakan media sosial secara bijak dan bukan untuk menyebar fitnah. - CARI |
mieymiey replied at 29-11-2019 11:44 AM
Nampak sangat muka jantan ni nak menumpang senang bini anak 8 ni. Bini baru ni founder sskjp ker?
ADVERTISEMENT