CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Bila Masa Saya Hantar Rombongan" - Risik Nana? Ini Jawapan Fikry Ibrahim

10-12-2019 10:22 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 18334| Komen: 63|Original author: Oleh: natrahn

Pelakon Fikry Ibrahim menafikan dakwaan dia sudah menghantar rombongan merisik dan bakal berkahwin dengan penyanyi Siti Nordiana atau Nana pada tahun hadapan.

Fikry juga dikatakan sudah menghantar cincin merisik kepada Siti Nordiana secara senyap. 



Kredit foto: Media Hiburan

"Saya tak tahu macam mana boleh timbulnya gosip saya dah hantar rombongan merisik dan bakal kahwin dengan Nana (Siti Nordiana) pada tahun depan. Merisik dan bakal berkahwin itu memang tidak benar. Tahun hadapan saya akan sibuk sebab nak fokus pada kerjaya dan perniagaan sahaja.

"Saya memang akan berkahwin tapi sasaran saya untuk tamatkan zaman bujang itu pada tahun 2021 atau 2022," jelasnya memetik laporan mStar.


Kredit foto: Instagram Fikry Ibrahim


Dalam pada itu, Fikry memberitahu dia mengambil gosip tersebut secara positif selagi perkara itu tidak menimbulkan fitnah yang menjejaskan nama mereka.

"Saya okey saja dan tak ada masalah pun nak layan gosip sebegini. Asalkan ia tidak melampaui batas sehingga boleh menimbulkan fitnah. 

"Selagi gosip itu ke arah positif dan bukan sesuatu yang mencemarkan nama saya serta mana-mana pihak, saya okey.

"Kita pun tak boleh nak kawal apa yang orang nak perkatakan. Lumrah menjadi seorang selebriti akan berhadapan dengan gosip cinta," ujar Fikry lagi. 


Kredit foto: Instagram Fikry Ibrahim

Untuk rekod, Fikry mula berkawan rapat dengan Siti Nordiana semenjak menjadi pengacara bersama program Gema Gegar Vaganza dan digandingkan menerusi drama 'Cekelat Semanis Honey' pada 2017.

Namun, masing-masing menegaskan hubungan itu hanyalah atas dasar kerja dan tidak wujud cinta lokasi antara mereka. 

Eh, kalau betul pun okey juga. Mereka berdua sama cantik, sama padan bagaikan pinang dibelah dua. Malah, kedua-duanya single and available

Kita doakan sajalah yang baik-baik untuk mereka berdua. Kalau ada jodoh tak ke mana, kan? - CARI

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malaysiaku123 10-12-2019 10:24 AM
Kn dh Ada benang ni..
Ramai suka Dan mendoakn ke?
Quote miss_strangers 10-12-2019 10:31 AM
Iols mendoakan mamat Nepal ni xjadi dgn nana..CT nana deserve better!
Quote RumiMenari 10-12-2019 10:32 AM
Gf fikry dah majuk la tu kan...
Quote Adm89 10-12-2019 10:32 AM
Forumers mana tah haritu ada buat benang tanpa bahan bukti kan. Memandai mandai jerrr
Quote claudya 10-12-2019 10:40 AM
forumers tu bukak benang lepastu lesap. orang tanya tak dijawabnya
Quote Potato_kering 10-12-2019 10:48 AM
Eih , nana sesuai org biasa2 je
Quote MatDeghem 10-12-2019 11:01 AM
Adm89 replied at 10-12-2019 10:32 AM
Forumers mana tah haritu ada buat benang tanpa bahan bukti kan. Memandai mandai jerrr


Orang dorang juga lah. Strategy viral marketing. Yg penting nama sentiasa di sebut...
Edisi Retis mencari sesuap nasi.   

Hehehe...
Quote Adm89 10-12-2019 11:03 AM
MatDeghem replied at 10-12-2019 11:01 AM
Orang dorang juga lah. Strategy viral marketing. Yg penting nama sentiasa di sebut...
Edisi Re ...

Lah yeke. Patut la lesap lepastu. Kemahen la ummah forum dok merestu deolls.
Quote MatDeghem 10-12-2019 11:11 AM
Adm89 replied at 10-12-2019 11:03 AM
Lah yeke. Patut la lesap lepastu. Kemahen la ummah forum dok merestu deolls.

biasa lah acik2 bila part menjodoh jodohkan retis mereka memang champion .... kerana itu lah ruang yang dapat mengisi kehidupan harian mereka. Dan retis serta management mereka mengunakan kesempatan ini.


nak ot sikit.... edisi kawin kawin.
mak jan linapompom bila nak kawin? itu hari dia ada gebang akan buat majlis kawin di pwtc kan?







Quote pumpkinpatch 10-12-2019 11:21 AM
Nana too old and motherly for him.Not his taste lah.

Next!!

Quote fealefea 10-12-2019 11:38 AM
MatDeghem replied at 10-12-2019 11:11 AM
biasa lah acik2 bila part menjodoh jodohkan retis mereka memang champion .... kerana itu lah ruang ...

bukan bang Mat. kat PWTC tu majlis tunang.

Quote claudya 10-12-2019 11:39 AM
MatDeghem replied at 10-12-2019 11:11 AM
biasa lah acik2 bila part menjodoh jodohkan retis mereka memang champion .... kerana itu lah ruang ...

majlis bertunang kan belum berlangsung bammat.. hahahaha rasanya bulan ni kan?
Quote MatDeghem 10-12-2019 11:43 AM
fealefea replied at 10-12-2019 11:38 AM
bukan bang Mat. kat PWTC tu majlis tunang.

oh...majlis tunang. bukan majlis kawin. #Gibab

Majlis kawin bila?


Quote pavlovachoc 10-12-2019 11:56 AM
x sesuai la ...
Quote pavlovachoc 10-12-2019 11:57 AM
x sesuai  
Quote belilies 10-12-2019 12:05 PM
Eyyyy delusional sangat yg kenen fikry ngan nana nih. Iols tak suka! Carikan yg even better for fikry. These two doesnt belong together!
Quote miraclehopes 10-12-2019 12:07 PM
MatDeghem replied at 10-12-2019 11:01 AM
Orang dorang juga lah. Strategy viral marketing. Yg penting nama sentiasa di sebut...
Edisi Re ...

Orang diorg jugak....ooo kira ginila..pihak sendiri buat gosip..pihak sendiri menafikan..sedeh jugak ye hidup retis ni ye...tahula nak survive career..tapi tak pyhla buat gosip gini...yg kesian nana..sbb dia status janda...apa2 perempuan jugak dikutuk dihina....yg lelaki 10 gosip murahan kawin sehari pun takpe..tetap jugak acik2 kepam meleleh kerang terliur kan si fikri ni..harap2 dedua ni move on dari watak fake adam maya tu...buat cite lain pulak
Quote miraclehopes 10-12-2019 12:22 PM
MatDeghem replied at 10-12-2019 11:11 AM
biasa lah acik2 bila part menjodoh jodohkan retis mereka memang champion .... kerana itu lah ruang ...

Takpala chuols..kak lina pom pom menjadik di alam realiti..janda aka ibu tunggal kawin teruna muda...yg diorg lakonkan tu fake...pastu poromer tu plak nama ala2 watak nana....ala2 pemuja drama fake lakonan diorg tuh...nana ni iols doakan kawin dgn sekufu dan bahagia till jannah.....harap discontinue la drama fake lakonan diorg tuh

P/s : kalo nana dan fikri berjodohan betul2..iols doakan berkekalan dunia akhirat
Quote eina2lovers 10-12-2019 12:52 PM
suka kedua2nya, tp mcm x berapa nk sesuai la..

Lihat semua komen(63)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.165370 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top