CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat MH370 Mungkin Mendarat Di Kawasan Pulau, Dakwa Jurutera Aeronautikal Mesir

19-12-2019 11:09 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 8538| Komen: 51|Original author: Tukang Tulis

Di manakah lokasi terakhir pesawat MH370? (gambar hiasan) Kredit foto: Business Insider

Seorang jurutera aeronautikal dari Mesir, Ismail Hammad mendakwa, petunjuk di mana lokasi terakhir pesawat Malaysia Airlines MH370 dipercayai berada terkandung dalam gambar juruterbangnya, Zaharie Ahmad Shah yang mula-mula disiarkan.

Memetik laporan Daily Star pada 15 Disember, Ismail percaya Zaharie meninggalkan petunjuk di mana pesawat itu akan dibawa selepas ia dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014.

Gambar tersebut menunjukkan Zaharie bersama isteri dan dua anaknya yang masih kecil sedang duduk di atas kusyen dengan sarung yang mempunyai corak berwarna biru.

Ismail mendakwa corak pada sarung kusyen ini menggambarkan gugusan pulau. Kredit foto: Daily Star

Ismail mendakwa, corak itu merujuk kepada satu gugusan pulau di mana pesawat berkenaan dibawa.

"Saya rasa dia membocorkan kod rahsia kepada kita yang membayangkan tempat pesawat itu disembunyikan dalam beberapa gambar yang mula-mula disiarkan.

"Corak pada sofa itu menggambarkan gugusan pulau. Seolah-olah dia ingin memberitahu, sesiapa yang ingin mencari pesawat itu, mereka perlu mencarinya di kawasan kepulauan bukannya di lautan," katanya.

Lokasi di mana Ismail mempercayai pesawat MH370 hilang. Kredit foto: Daily Star
Beliau menambah, pesawat MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing menyimpang dari laluan asalnya sebelum mendarat di lapangan terbang kecil di sebuah pulau.

Ismail Hammad. Kredit foto: Daily Star
Bulan lalu, seorang penyiasat persendirian, Ian Wilson mendakwa pesawat MH370 terhempas dalam kawasan hutan di Kemboja.

Dia dan adiknya melakukan pencarian di negara tersebut tahun lalu setelah mendakwa dapat mengesan pesawat MH370 melalui Google Maps.

Semakin lama, semakin mengarut dakwaan yang dibuat oleh pelbagai individu berhubung misteri kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapalnya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 19-12-2019 11:21 AM
Harap ada miracle dan mereka semua hidup di satu tempat
Quote Ina8895 19-12-2019 11:35 AM
Boleh caya ke cakap pak arab ni?
Quote JohnnySins 19-12-2019 11:42 AM
Ina8895 replied at 19-12-2019 11:35 AM
Boleh caya ke cakap pak arab ni?

dia hanya mendakwa...macam user2 website ni la dok dakwa macam2 pasai motif pembunuhan altantuya...wakakakakakakkakakaa
Quote BlueRose99 19-12-2019 11:45 AM
Kalau ada kisah pasal MH370 confirm memang sedih. Harap ada keajaiban berlaku!
Quote cintakalin 19-12-2019 11:48 AM
sampai sekarang terkenang2 kisah MH370 nih... semoga ade keajaiban dariNYA.
Quote Ina8895 19-12-2019 11:51 AM
JohnnySins: dia hanya mendakwa...macam user2 website ni la dok dakwa macam2 pasai motif pembunuhan altantuya...wakakakakakakkakakaa


I pun boleh dakwa dakwi kalau camtu
Quote lipans 19-12-2019 11:54 AM
sarung kusyen pun boleh buat teori.
Quote edoraixora 19-12-2019 12:01 PM
penatlah nak cerita pasal mungkin2 ni
kita cuma nak tau KEBENARAN, bukannya KEMUNGKINAN
Quote mimi77 19-12-2019 12:06 PM
sampai ke corak sarung kusyen pn jadi klu
Quote Ina8895 19-12-2019 12:07 PM
mimi77: sampai ke corak sarung kusyen pn jadi klu


Pak arab ni nak tarik like banyak2 kat fb & ig dia kot
Quote buragazz 19-12-2019 12:20 PM
Semua statement semenjak kehilangan tu berdasarkan "mungkin" aku pun boleh.. mungkin mendarat kat belakang umah aku..
Quote Mfzg89 19-12-2019 12:49 PM
ok la tu setidaknya depa buat teori berdasarkan analisa.nampaklah skit cerdik kt situ..dari orang kita teori buah kelapa..
Quote AbukRokok 19-12-2019 12:56 PM
igtkan gambar
rupanya corak sarung kusyen  
Quote alinone78 19-12-2019 02:04 PM
nasib baiklah tak ada gambar dengan bantal busuk yang ada 'peta'
Quote anony-mous 19-12-2019 02:06 PM
Teori paling bodoh setakat ni
Quote debab_78 19-12-2019 02:09 PM
merapunya... takkan sarung kusyen pun jd klu jugak...
Quote pagaruyung 19-12-2019 02:12 PM
Pak arab ni jd scammer bleh la
Quote LuvAurora 19-12-2019 02:36 PM
perlu ke sampai sarung kusyen pun hg buh jadi teori wey..
Quote RatuDunia94 19-12-2019 02:36 PM
Hahahaa.. gamaknya kalau heols tgok corak kusyen kat rumah mak iols kat kampung.. lg mcm2 teori keluar.

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.048470 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top