CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kena Simpan Duit Bawah Tilam Ke?" - Bank Sekarang Cerewet, Susah Buka Akaun Baru?

16-12-2019 05:19 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 17965| Komen: 47|Original author: Oleh: LilRose

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. 

Itu perumpamaan sesuai bagi menggambarkan situasi bank di Malaysia hari ini yang 'banyak songeh' untuk meluluskan permohonan pembukaan akaun peribadi pengguna dek kerana lambakan scammer yang semakin berleluasa.



Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman

Pengguna Facebook Muhammad Syazwan Othman terkilan apabila permohonannya untuk membuka akaun peribadi berdepan banyak halangan daripada pegawai sebuah bank.

Katanya, pegawai itu berkeras memintanya membuka akaun semasa memandangkan Muhammad Syazwan menjalankan perniagaan rokok elekronik.


Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman


Lelaki itu bagaimanapun berang apabila haknya untuk membuka akaun simpanan peribadi seolah-olah dinafikan, sebaliknya dia dipaksa untuk membuka akaun semasa.

Hanya selepas meminta untuk bertemu dengan pengurus bank berkenaan, barulah urusannya selesai. Malah, dakwanya ia hanya memakan masa dua minit sahaja.

Ramai yang setuju dengan perkongsian Muhammad Syazwan itu dan mendakwa pihak bank hari ini terlalu teliti dan cerewet dalam meluluskan permohonan akaun bank hingga menyusahkan orang ramai.


Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman

Namun, Syazwan menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan syarat ketat yang dikenakan, sebaliknya dia kecewa apabila dipaksa melakukan sesuatu; buka akaun semasa.

Berikutan itu, seorang pengguna yang mendakwa pernah bekerja sebagai pegawai bank tampil menjelaskan sebab pihak bank bertindak demikian.


Elak penipuan scammer


Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman

Bagaimanapun, seorang suri rumah kemudian mempersoalkan bagaimana golongan tidak bekerja mahu menyimpan duit yang diterimanya.


Simpan duit bawah tilam


Kredit foto: FB Muhammad Syazwan Othman

Tak dinafikan semua bank ada prosedur cerewet. Tapi macam mana kalau berdepan dengan pegawai yang tidak mesra ditambah pula dengan sikap sinis? - CARI
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Elanarose

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 16-12-2019 05:49 PM
Nk tanya former..klu org tua umur 70+ mmg x blh buka akaun ke.maybank x kasi ayh I buka..
Quote gigahertz 16-12-2019 06:20 PM
Orang atas yang buat money laundry orang bawah yang kena
Quote Artemesiaa 16-12-2019 06:56 PM
Betul tu sebab scammer banyak menyusahkan masyarakat tempatan
Quote Kurex 16-12-2019 07:03 PM
aku tak faham la kijo beso semua ni. jadi screen shot tu aku skip je
Quote sarah82 16-12-2019 07:43 PM
Aku baru plan nak buka BIMB.. Duit tu boleh simpan.. Jadi mcm ni pulak. Susahnyaaa
Quote sharlenetexas 16-12-2019 07:58 PM
sarah82 replied at 16-12-2019 07:43 PM
Aku baru plan nak buka BIMB.. Duit tu boleh simpan.. Jadi mcm ni pulak. Susahnyaaa

BIMB minta bil air/ letrik utk pengesahan alamat.
Quote sarah82 16-12-2019 08:07 PM
sharlenetexas replied at 16-12-2019 07:58 PM
BIMB minta bil air/ letrik utk pengesahan alamat.

Ni la masalahnya.. Iols kan duduk rumah tok i mengasuh.. Huwaaa
Quote nazzse 16-12-2019 08:24 PM
sharlenetexas replied at 16-12-2019 11:58 AM
BIMB minta bil air/ letrik utk pengesahan alamat.

Klu bil api/air atas nama orang lain mcm mana? Mcm I dok rumah pusaka, bil api nama ayah, bil air nama previous owner. Takkan kena mati setem pejabat tanah plak utk confirmkan?
Quote awaynepian 16-12-2019 08:34 PM
Kurex replied at 16-12-2019 07:03 PM
aku tak faham la kijo beso semua ni. jadi screen shot tu aku skip je

Kijo tu kerja
Beso tu biasa
So kerja biasa
Quote zennaya 16-12-2019 08:37 PM
betol.susah sikit nak bukak acc personal saving. bukak kat public bank,lama gak dia tanya keje apa,duk umah sendiri ke etc..setengah jam,baru aktif. aku serik dengan bank melayu.  bank melayu ni slowwwww gila. cth bank rakyat. udahla mesin atm mcm mesin purba,kakak aku ada acc kat bank rakyat,lama mesin dia nak baca kad. tertelan kad ke apa,
Quote zennaya 16-12-2019 08:41 PM
kadang aku terpikir,baik simpan duit bawah tilam. selamat pun selamat. simpan dlm bank banyak jatah. pakai debit kad byr amaun yg besar,pun tak psl2 kena hold.mslh teknikal. telepon byk kali,dlm tindakan. gila apa dok hold acc pelanggan tanpa sebab.
Quote sfrnna 16-12-2019 08:52 PM
Account personal mmg susah sikit. I rasa masa i study 6 tahun dulu nak bukak cimb pun tanya macam2. Last2 i ckp mak nak transfer duit. Yala dah bank tu yg ada dalam campus kan. Skrg lg teruk la scammer macau pe jadah tu senang scam org. Dulu pun i ada baca negro2 buat perempuan Malaysia jd kambeng hitam kan untuk buat account.
Quote alahai 16-12-2019 09:18 PM
Memang susah nk buKa account sekarang, haritu anak nk sambung belajar, pi CIMB nk buka account tp x bawa surat tawaran, mmg depa x mau buka...kena blk ambik surat tawaran dulu baru ok.
Quote shernazz 16-12-2019 10:51 PM
Iols.masih guna maybank
Sejak umur 17tahun..
Mudoh..
Quote shernazz 16-12-2019 10:51 PM
Iols.masih guna maybank
Sejak umur 17tahun..
Mudoh..
Quote shernazz 16-12-2019 10:54 PM
Tapi nak buka akaun company mmg susah gila..
Mana mana bank sama juga kot...
Tp bila dh dpt..i is suka..
Hijrah pung offer loan banyakkk
Quote komotthecat 16-12-2019 11:27 PM
aritu buka akaun utk bisnes mmg staf tu tnye mcm2. kedai brpe percent dh siap, dana dtg dari mana. 1jam lebih jgk la rsenye
Quote RatuDunia94 16-12-2019 11:43 PM
Iols buat akaun maybank after habis belajar. Masa tu x kije lg.. dia tanya jugak juga keje ape etc.. iols klentong je niaga jual kek etc kat rumah.. tp senang juga dpt buka akaun. Sbb staff kaunter tu mcm mls nk tanya mcm2.
Quote jazaa100 16-12-2019 11:53 PM
sarah82 replied at 16-12-2019 07:43 PM
Aku baru plan nak buka BIMB.. Duit tu boleh simpan.. Jadi mcm ni pulak. Susahnyaaa

BIMB tak byk songeh kwn akk kata....

Akk kena dgn cimb....

Dah ada mbb & affin....saja nk asing asingkn duit....klu satu bank je...rasa tak dok diam nk bukak shopee je...

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.193303 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top