Siapa sangka peniaga ayam viral di Keramat ini mampu memperoleh pendapatan RM15,000 sebulan. Memetik laporan Free Malaysia Today, Mat Tohid Abdul Kadir, 38 dan isterinya Nur Razlin Ramli, 33 berkata mereka sentiasa mahu menampilkan bisnes makan yang mampu dibeli orang ramai.
Ini kerana bisnes ayam goleknya sebelum ini kurang menjadi. “Memang orang nak makan ayam golek, tapi bukan nak makan banyak, dan sekarang orang susah nak keluarkan duit sehingga RM10. “Dulu tak macam sekarang, ekonomi kita tak stabil. Dulu ramai makan gaji tetap tetapi sekarang ramai lagi yang menjual dari membeli,” katanya kepada FMT.
Oleh itu, dia mengambil keputusan membuat bisnes ayam goreng RM1 yang nyata mampu dibeli ramai orang. “Bila bercakap tentang RM1, orang mungkin tidak berkira untuk mengeluarkannya membeli makanan. Ambillah 4 atau 5 ketul, mereka masih merasakan yang ayam itu murah dan mampu milik,” katanya. “Setakat ini kami boleh menjual 70 ke 80 ekor sehari, ada pernah mencecah 100 ekor sehari, dan ia membolehkan kami peroleh pendapatan RM15,000 pada waktu itu,” ujarnya lagi. Namun demikian, jumlah itu bukanlah terlalu banyak jika ditolak modal dan juga bayaran pekerja. “Orang dengar RM15,000 itu besar, tapi selepas menolak modal dengan harga ayam tidak menentu setiap hari, kami hanya mendapat untung bersih purata RM500 ke RM700 sehari, itu pun sebenarnya tidak tentu,” katanya lagi yang menyarankan anak muda pada ini agar tidak memandang hina berniaga tepi jalan. - CARI
|
ell768 replied at 16-12-2019 08:01 AM
mmg meriah jual ayam singgit ni..tapi meniaga tu betul2 laa sikit jaga kebersihan...ni duk tala bg i ...
SWORKS27 replied at 16-12-2019 04:05 PM
kannn..asal bisnes jenis laku keras je, terus nak jual..masa yg sama x jaga langsung kebersihan... ...
ell768 replied at 16-12-2019 04:01 PM
mmg meriah jual ayam singgit ni..tapi meniaga tu betul2 laa sikit jaga kebersihan...ni duk tala bg i ...
yuki812 replied at 16-12-2019 09:49 AM
tajuk tu hah..income 15k sebulan..ye ke. lum tolak modal..expenses niaga tu.
kang tak psl2 income ...
imransulaiman replied at 16-12-2019 10:44 AM
RM500 untung bersih sehari...perrrgh! Memang 15K tu untung bersih lah kan?
Ke reputs gagal matema ...
HazeLJoseph replied at 16-12-2019 10:52 AM
Banyak kali nampak peniaga, dengan lori baru turunkan 2-3 guni ayam potong hancur ni,takda basuh2 , ...
ADVERTISEMENT