|
SEOUL - KOREA . Amaran keras Pyongyang langsung tidak diendahkan Korea Selatan kerana mereka tetap meneruskan latihan ketenteraan selama dua hari bersama Amerika Syarikat (AS) dan Jepun, menurut media tempatan, semalam. Jurucakap Kementerian Pertahanan Seoul, Wi Wong-Seop berkata, tujuan utama latihan ketenteraan tersebut diadakan di luar pantai Semenanjung Korea adalah untuk melakukan kajian maritim bersama selain meningkatkan persediaan untuk operasi menyelamat jika berlaku bencana kemanusiaan. Difahamkan, Seoul dan Washington bersetuju untuk mengadakan latihan itu, minggu lalu berikutan kedua-dua negara tersebut bimbang dengan tindakan Pyongyang yang membuka semula operasi reaktor nuklear mereka. Selasa lalu, Korea Utara memberi amaran keras kepada AS bahawa 'bencana dahsyat' akan berlaku jika mereka meneruskan latihan tersebut yang turut dilihat sebagai satu tindakan provokasi. "Kami sentiasa bersedia dan hanya menunggu arahan pihak atasan untuk melancarkan serangan balas," kata jurucakap Ketua Turus Tentera di Pyongyang. ![]() Seoul dan Washington pernah mengadakan latihan ketenteraan bersama,
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-2-2026 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.311236 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.