CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suka Panaskan Nasi, Boleh Sebabkan Keracunan - KKM

23-12-2019 01:46 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 3111| Komen: 13

Ramai yang tidak menyangkan memanaskan lebihan nasi boleh menyebabkan keracunan makanan. 

Mungkin untuk menjimatkan masa dan juga tidak mahu membazirkan nasi yang berlebih, namun sebenarnya cara ini tidak baik untuk kesihatan sebenarnya. 


Kredit foto: Twitter

“Ia bukan kerana pemanasan semula nasi itu tapi cara kita menyimpan nasi itu sebelum dipanaskan,” catat KKMPutrajaya di Twitter.

“Nasi yang ditinggalkan dalam suhu bilik lebih empat jam menyebabkan spora yang ada dalam nasi itu aktif semula. Dan ini menyebabkan pembiakan bakteria bacilus cereus sehingga menghasilkan toksin beracun.”

Oleh demikian, cara penyimpnanan makanan haruslah diambil teliti. 



Bagi mengelakkan hal tidak diingini berlaku, nasi itu perlu disimpan dalam keadaan tertutup dalam petis sejuk. 

Hantaran KKM itu mendapat reaksi pelbagai dari kalangan warganet.

Ini termasuklah ada yang mempertikaikan kenyataan KKM itu dan meminta bukti santifik terhadap perkara itu. - CARI 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gigahertz 23-12-2019 02:06 PM
Nasi goreng pun sama. lepas 4 jam ada bakteria gsjzhdhdbdhdkdbdjdjdjdjdbf .
Quote fliphair8 23-12-2019 02:35 PM
so kalau letak dlm fridge ok la? pastu panaskan...
Quote timah03 23-12-2019 03:11 PM
fliphair8 replied at 23-12-2019 02:35 PM
so kalau letak dlm fridge ok la? pastu panaskan...

Tapi bila letak dalam fridge...nasi jadi keras and berkerak....bila panaskan,nasi jadi tak sedap sikit....
Quote fliphair8 23-12-2019 03:35 PM
timah03 replied at 23-12-2019 03:11 PM
Tapi bila letak dalam fridge...nasi jadi keras and berkerak....bila panaskan,nasi jadi tak sedap s ...

hakak kukus dek....elok nasi gebu2 fluffy camtu...panaskan keras and dry...mak hakak ajor...
Quote KIM.K 23-12-2019 03:45 PM
Sama juga biarkan nasi on 'warm' pagi sampai malam break down kanji jadi gula. Mudah kena diabetes. Baca somewhere
Quote Artemesiaa 23-12-2019 03:46 PM
Kalau keep warm ok jangan dah lama sejuk diluar dan dipanaskan semula.  Sebab tu ada yang mengalami sakit perut lepas makannya atau dah dijadikan nasi goreng oleh peniaga selalunya.
Quote Mierafaziera 23-12-2019 03:56 PM
Ok noted!! pasni nasi lebih kena simpan dlm fridge la..
Quote timah03 23-12-2019 05:15 PM
fliphair8 replied at 23-12-2019 03:35 PM
hakak kukus dek....elok nasi gebu2 fluffy camtu...panaskan keras and dry...mak hakak ajor...

Ohhhhh....kukus ke.....selalu panas dlm rice cooker tu je....tq la kak share info....
Quote fly_in_d_sky 23-12-2019 05:25 PM
selalu saya masak nasi pagi .. tunggu sejuk betul
masuk dalam Tupperware bulat and letak dalam freezer
bila nak makan .. panaskan guna microwave guna turbo defrost
panaskan 12 minit ... atau 6 minit x2 ...
nasi tu panas betul dan boleh makan ...
Quote i_is_kennot 23-12-2019 08:55 PM
Gulp..
Selalu tinggalkan nasi ' warm' lama2 pun tak elok, ..

Quote Asdan 23-12-2019 09:02 PM

campur sikit minyak sawit masa rebus, tengok berapa lama boleh tahan
Quote tukul 23-12-2019 09:44 PM
timah03 replied at 23-12-2019 05:15 PM
Ohhhhh....kukus ke.....selalu panas dlm rice cooker tu je....tq la kak share info....

Kukus dlm rice cooker tu je...2 3 minit siap
Quote GigaMom 24-12-2019 11:28 PM
Selalu tengok drama korea
If mereka nak panaskan nasi dalam microwave
Mereka keluarkan nasi dr peti sejuk
Ingatkan nasi segera

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 01:50 PM GMT+8 , Processed in 0.055542 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top