GEORGE TOWN - Pengusaha roti benggali di Pulau Pinang mendakwa jualan mereka terjejas teruk gara-gara tersebarnya berita bahawa terdapat sebuah kilang roti benggali di Bayan Baru di sini menguli tepung menggunakan kaki. Presiden Persatuan Penjual-Penjual Roti Benggali Pulau Pinang, P. Manogaran berkata, hanya terdapat dua kilang dan sebuah kedai yang menghasilkan roti jenis itu di negeri ini. Kilang tersebut ialah Maliia Bakery di Jalan Transfer, Uni Bakery di Air Itam dan Patchee Bakery di Jalan Dato Keramat. Beliau berkata, terdapat 150 vendor berdaftar dengan persatuan ini di Pulau Pinang dan kesemua mereka hanya mengambil roti dari tiga pembekal itu selama lebih 35 tahun lepas. "Pembuat roti berkenaan guna cara moden dan mereka telah lama dalam bidang itu. "Kebersihan dan kualiti roti keluaran mereka berada pada tahap terbaik. Kalau tidak percaya, saya jemput orang ramai datang lihat sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar semalam. Rabu lepas, Jabatan Kesihatan Pulau Pinang mengadakan sidang akhbar berkaitan penutupan 12 premis makanan termasuk sebuah premis membuat roti kerana gagal mematuhi peraturan kebersihan. Ia berikutan tindakan jijik pekerja sebuah kilang roti benggali yang popular di Bayan Baru menguli tepung menggunakan kaki sekali gus mengejutkan sepasukan penguat kuasa Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) yang menjalankan pemeriksaan dalam Ops Food Court kelmarin.Kosmo!
|
Artemesiaa posted on 13-10-2013 01:30 PM
Lain kali ada eloknya disiarkan nama kedai yang terbabit sama jadi tak ada le jadi salah faham cam n ...
Artemesiaa posted on 13-10-2013 01:30 PM
Lain kali ada eloknya disiarkan nama kedai yang terbabit sama jadi tak ada le jadi salah faham cam n ...
nour2001 posted on 13-10-2013 01:28 PM
harap tukang penyebar fitnah tu puas hati lah dpt jejaskan rezeki org lain....gambar berleluasa lela ...
shernazz posted on 13-10-2013 02:33 PM
sian la wei benggali2 ittew...
orang kita neh senang diperdaya dengan cerita2 begini
sebar sket, d ...
ADVERTISEMENT