CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kurung Anak Beruang, Zarith Sofia Berdepan Penjara Kalau Tak Bayar Denda RM27,000

15-1-2020 12:57 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5422| Komen: 17|Original author: Oleh: LilRose

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Zarith Sofia untuk membayar denda RM27,000 kerana menyimpan dan mengurung seekor anak beruang matahari.


Kredit foto: BH Online


Menurut laporan Berita Harian, pemilik nama sebenar Zarith Sofia Mohd Yasin, 28, itu dijatuhkan hukuman berkenaan selepas bekas peserta program realiti 'Rockanova' terbabit menukar pengakuannya kepada bersalah ketika kes ditetapkan untuk sebutan semula.

Bagi kesalahan menyimpan anak beruang matahari, mahkamah memutuskan hukuman denda RM20,000, manakala denda RM7,000 dikenakan bagi pertuduhan mengurung haiwan itu.

Zarith juga berdepan penjara 10 bulan sekiranya gagal membayar kedua-dua denda berkenaan.

Penyanyi itu didakwa mengikut Seksyen 69(1) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 69(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya kerana menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya di bawah Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) tanpa permit khas.


Manakala, bagi kesalahan mengurung anak beruang matahari itu di dalam premis yang tidak sesuai, Zarith dituduh mengikut Seksyen 86(1)(c) Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 86(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.


Foto: Facebook Ida Shareena 

Menurut laporan, kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kediamannya di Sentrio Pandan, Jalan 3/76D, Desa Pandan, di sini, jam 8 malam pada 6 Jun tahun lepas.

Lapor BH, Zarith sebelum ini menerusi peguam Nik Muammer Hurrie Mohamad Sukri memohon dikenakan hukuman denda memandangkan ia kesalahan pertama dan tidak mempunyai rekod lampau.

"Niat tertuduh hanyalah untuk menyelamatkan haiwan berkenaan dan tiada niat mendapatkan sebarang keuntungan," katanya yang memaklumkan haiwan itu dalam keadaan sihat ketika ditemui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Pegawai Pendakwa Jabatan PERHILITAN, Nazarudin Kamarudin bagaimanapun membantah rayuan itu dan memohon Zarith dikenakan hukuman berbentuk pengajaran kerana jenayah membabitkan hidupan liar adalah kesalahan yang dipandang serius. - CARI


BACA JUGA: "Saya Tak Bela Beruang" - Artis Lain Aniaya Haiwan, Ara Johari Yang Kena Maki
2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 15-1-2020 01:03 PM
ni baru boleh dipanggil retis who are yousss
Quote niena90 15-1-2020 01:44 PM
Ko nak selamatkan beruang tu dari apa bodo? Sah2 la itu haiwan liar tmptnya di dlm hutan bukannya dlm apartment. Bangang abadinya ko!
Quote epal21 15-1-2020 01:47 PM
Tak memasal kena bayar rm27k + legal fees. Dia ni lah yg cakap dia ingatkan itu anjing.
Quote Victorioussss 15-1-2020 01:52 PM
Hm dari kurung anak beruang, better sheols kurung iolsIols rela dan xkan hulur kepala luar tingkap. Promise
Quote Kurex 15-1-2020 01:55 PM
Victorioussss: Hm dari kurung anak beruang, better sheols kurung iolsIols rela dan xkan hulur kepala luar tingkap. Promise


sampai 2 kali kau send.. nak sangat kena kurung ke ni @Victorioussss
Quote Victorioussss 15-1-2020 01:57 PM
Kurex replied at 15-1-2020 01:55 PM
sampai 2 kali kau send.. nak sangat kena kurung ke ni @Victorioussss

Nak laa

Xzabar nk dibelai dlm sangkar
Quote girlfridayz 15-1-2020 02:04 PM
Victorioussss replied at 15-1-2020 01:52 PM
Hm dari kurung anak beruang, better sheols kurung iolsIols rela dan xkan hulur kepala luar tingkap.  ...

hahahaha.. nak tersembur yaqlioq aku baca tang xkn hulur kepala luar tingkap tuuuuu
Quote ReginaGeorge 15-1-2020 02:06 PM
Untung anak beruang..
Quote Mfzg89 15-1-2020 02:29 PM
selamatkan?? mana dpt anak berung dlm bandor ni?? nipu je manjang retis ni.. agaknye 27k payment dari berapa drama ye..
Quote sok_suci 15-1-2020 03:14 PM
Yg tukar2 pngakuan ni baik dilempang la kepalanye pakai selipar kayu yg org pakai kt mesjit tu. Bebal. Nk selamatkan konon. Jumpa kt tepi highway ke anak beruang tu? Kalo betul nk selamatkan, xdenye ko letak dlm apartmen siap pakai sangkar kucing lagi. Xde plak ko report kat perhilitan. Ehh nape eh makin bnyk yg bodo arammjadah skrg ni. Perosak sungguh.
Quote MarryPottet 15-1-2020 04:06 PM
Hipsssturrrr nya nama loyer dia
Melayu spesis hybrid kah?
Semoga keduanya berjodohan. Sorang nama rare, sorang pulak ada hobi rare selamatkan anak beruang dgn kurung dlm sangkar kucing & dibiarkan dalam rumah sendirian berharian while dia berjimba pegi balik kampung
Quote giyomi 15-1-2020 04:58 PM
beruang di sangkanya anjing tuk di selamatkan...kesian sgt mangkuk ni tak tau nak beza haiwan
Quote niena90 15-1-2020 05:14 PM
Sekalipun ko nak pura2 beruang tu anjing. Ape motif ko sbg seorang beragama Islam nak bela anjing dlm rumah? Nak menipu tapi nmpk makin bodoh
Quote CiliPadiSedap 15-1-2020 07:42 PM
Kurung vokuru xsalah sebab dia bukan haiwan liar
Quote nishikido 15-1-2020 11:01 PM
Bodoh2 je terbang duit dekat 30k..banyak tu,dah boleh beli kereta cash sebijik..nak wat kenduri kahwin pon boleh.nak melancong keliling eropah pon boleh..tu lah,acah nak bela exotic pet tapi bengap..ko bela kucing jelah senang.ni orang kata takde pasal carik pasal..
Quote papadomku 16-1-2020 08:47 AM
Serve her right! Kalau nak selamat, patutnya dh lama she report perhilitan bukannya kurung dlm sangkar ye

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.067050 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top