CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Comelnya, Tu 'Baby Bump' Marsha Kan?" - Nafi Hamil, Tapi Tu Adalah ...

20-1-2020 10:21 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 9896| Komen: 27




"Bila baca komen pengikut, saya cuma mampu ketawa. Rasa lucu bila mengenangkan kembali jumlah makanan saya makan hingga kembung perut."

Gara-gara gambar yang sedang mendukung Aafiya menampakkan 'baby bump' penyanyi dan pelakon, Marsha Londoh, 35 disangka hamil.


Semuanya berlaku di majlis ulang tahun kelahiran penyanyi nombor 1 Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, Marsha bersama suaminya hadir memeriahkan majlis. Bagaimanapun sekeping gambar yang dimuat naik menunjukkan badan Marsha yang berisi serta perut tampak ke hadapan dalam balutan baju satin berwarna putih membuatkan ramai pengikutnya mengusiknya.

ig



Bagaimanapun Marsha menafikan perkara itu lalu menjelaskan ianya kerana kembung perut selepas makan banyak pada majlis Siti seperti di petik Harian Metro.

"Apapun, teruskan mendoakan untuk saya dan suami menimang cahaya mata. Mungkin kalau doa saya dan suami digabungkan dengan semua orang, doa termakbul."

ig

Isteri kepada Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail itu berkata, dia tidak ambil hati dengan soalan mengenai zuriat sebaliknya bersyukur suaminya sentiasa menasihatkannya untuk berfikiran positif.

"Saya dah lali dengan situasi dan persoalan ini disebabkan kelihatan berisi sedikit. Jadi, orang menjangka saya hamil. Mungkin juga ramai dah tak sabar nak lihat wajah bakal cahaya mata saya membuatkan mereka tertanya-tanya. Memang awal-awalnya saya agak tertekan dan rasa soalan itu seperti memerli saya pula. Tapi, suami selalu nasihatkan saya untuk terus berfikir positif dalam apa jua dugaan dan cabaran,"

ig

Terdahulu, penyanyi Bimbang itu pernah mendedahkan dia ada menjalani beberapa rawatan seperti mengurut. Namun, rezeki belum berpihak kepadanya untuk dikurniakan cahaya mata. Marsha dan Shaiful berkahwin pada Disember 2015 di Pulau Pinang.

Wah! Pantang tersilap letak gambar berisi, terus peminat buat spekulasi kan? Apa pun, semoga Marsha dan suami cepat-cepat dianugerahkan cahayamata ya. Mana tahu, 2020 ini kan? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 20-1-2020 10:25 AM
insyAllah.. ada rezki adalah tu. aku pun nk tgk campuran baby dia nti.
Quote biozipstar 20-1-2020 10:32 AM
kenapa panggil ctdk mak iti.... kenapa bukan kak ct je. haha... okay2 apa2 pun moga menimang cahaya mata ya . amin
Quote nazzse 20-1-2020 10:40 AM
family in law dia ni baik betul dgn siti & dck.. circle hebat2 jgk ni
Quote TerataiMelur02 20-1-2020 10:42 AM
Nak OT jap.. Cerita pasal org yg tgh ttc ni... Teringat kawan i ada pesan katanya esok kalau i kawin jgn takut gemuk, x payah nak diet sgt, pantang makan itu ini sbb dia gemuk2 pun senang je mengandung, cepat je lekat.  Anak pun dh 2. Katanya kalau x makan perancang kompom lekat lg

Apa pun untuk marsha semoga d kurniakan zuriat 2020 ni

Quote Suchi 20-1-2020 10:43 AM
Susahnya jadi pompuan bila dah kawen asal piyut muncet sikit dikatanya peknen.
Asal masuk sepital pun orang asik pikir kalau tak ngandung mesti beranak.

Quote cicicumel 20-1-2020 11:03 AM
menunggu ketibaan anak Fattzura, Marsha, Elizad
Quote mieymiey 20-1-2020 11:12 AM
Kawan iols baru kawin sebulan, kengkawan dah tanya 'chuols berisi ker?' sebab sheols pucat lupa nak touch up lipstick. Harap bertabah la yer

Semoga tahun ni Marsha dan suami dikurniakan rezeki anak, insyaAllah.
Quote violetungu 20-1-2020 11:16 AM
Kesian org tgh ttc kena soalan tembakan camni.. semoga ada rezeki marsha timang anak nanti..
Quote keknaih 20-1-2020 11:42 AM
kwn i cousin suami marsha, and i ada tgk instastory kwn i yg dia melayan anak2 kawan i tu. semoga dikurniakan rezeki anak ya
Quote Cassieopeia 20-1-2020 12:16 PM
banyak sgt tu mkn hihi tapi kalau kain satin ke mmg mkn lebih skt mulala nampak perut huhu. moga ade rezeki marsha nanti
Quote prettyuglybabe 20-1-2020 12:55 PM
duit banyak gi la ivf..
Quote Yusrah 20-1-2020 01:14 PM
kesian...moga dikurniakan rezeki baby soon
Quote doubleA 20-1-2020 02:42 PM
TerataiMelur02 replied at 20-1-2020 10:42 AM
Nak OT jap.. Cerita pasal org yg tgh ttc ni... Teringat kawan i ada pesan katanya esok kalau i kawin ...

Aiyoo silap nasihat tu. Jaga makan ni bukan sebab elak gemuk je, tapi kesihatan. Kalau gemuk banyak risiko penyakit lain.

Macam orang cakap time mengandung makan macam2, makan untuk 2 org, nanti dah pantang tak boleh makan bagai. Iols jaga makan juga, makan yg berkhasiat untuk mummy and baby tak la melantak tak ingat dunia, sengkak perut nanti.
Quote zizu-ja 20-1-2020 02:43 PM
nazzse replied at 20-1-2020 10:40 AM
family in law dia ni baik betul dgn siti & dck.. circle hebat2 jgk ni

Majlis ni fam in law dia buatkan utk dct kan. Tgk fam dia ni mmg suka buat majlis makan2...jenis yg suka meraikan org. Marsya pn elok je masuk je dgn semua org
Quote puanbintang 20-1-2020 04:22 PM
adala tu nanti rezeki marsha..
Quote Carlalisk 20-1-2020 04:53 PM
doubleA replied at 20-1-2020 02:42 PM
Aiyoo silap nasihat tu. Jaga makan ni bukan sebab elak gemuk je, tapi kesihatan. Kalau gemuk banya ...

Btul tu dlu msa i mngandung yg 1st i melantak tak hengat dunia smp 70kg yach. X bgs sbnrnye sbb dlm pntg kene struggle nk kurus tu ingt sng ke. N kalini prgnt i jaga mkn ape sume alhamdulillah la ok skit. Hopefully pntg kalini lg bnyk i trun. Ingt, ape pun yg pntg mkn ttp kena jaga. Bukannya blh mkn ape kite suke. Cmne pun kene bersederhana
Quote Kancilkering 20-1-2020 05:01 PM
dia bukan buat yoga yg advance tu ke...kuat juga dia bole balance badan dia upside down...lean sungguh dia...macam atilia...berat muscle....

sarimah tu mengandung naturel je...walaupun x merancang...pokoknya itu yg suami isteri nak...
Quote Kampungpeoplesz 20-1-2020 08:09 PM
Tak lama tu ada la rezeki tu. Skrg byk kaedah2 perubatan boleh buat utk cepat pregnant. Nak dgn x nak jerrrr
Quote Carcosa 20-1-2020 09:02 PM
prettyuglybabe replied at 20-1-2020 12:55 PM
duit banyak gi la ivf..

Ya hamponnn, exactly the words that came out of my mouth!
Duit kepok2, dah nak masuk 5 tahun kawin kan, gi jelah buat IVF. Start lah. Sebab IVF tak semestinya 1st round, terus jadi. Mcm Sharizad tu semua. Pergilah buat. Apa lagi tunggu. Dok merintih je.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 03:21 PM GMT+8 , Processed in 0.242640 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top