CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Seronoknya Tengok Belon Udara Panas Terapung Di Langit Putrajaya

22-1-2020 10:29 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 3673| Komen: 14|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Belon-belon udara panas terapung di ruang udara Putrajaya pada 2015.

Kredit foto: Facebook / MyBalloonFiesta

Pemandangan belon udara panas terapung di langit sememangnya jarang dapat dilihat di Malaysia, jauh sekali mengalami sendiri keseronokan melihat muka bumi dari paras setinggi 60 kaki.

Melalui penganjuran Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2020 di Monumen Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya, rakyat Malaysia tidak perlu lagi mengembara ke luar negara seperti Cappadocia, Turki untuk menyaksikan dan menaiki belon udara panas.

Memetik blog Red Angpow pada 20 Januari, acara yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya itu bakal berlangsung pada 19 hingga 22 Mac 2020.

Orang ramai boleh memasuki lokasi pesta yang juga popular dengan nama MyBalloonFiesta secara percuma mulai pukul 7 pagi hingga 9 malam.



Lokasi pelancaran belon udara panas.
Kredit foto: MyBalloonFiesta

Bayaran hanya dikenakan kepada pengunjung yang ingin memasuki lokasi pelancaran dan menaiki belon udara panas.

Harga tiket juga lebih murah jika dibeli secara dalam talian melalui laman sesawang MyBalloonFiesta mulai 29 Disember 2019 sehingga 18 Mac 2020.


Harga tiket.
Kredit foto: MyBalloonFiesta

Selain Malaysia, negara-negara lain yang mengambil bahagian dalam Pesta Belon Udara Panas Putrajaya 2020 adalah United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, Jepun, Itali, Perancis, Sepanyol, Taiwan and Thailand.

Belon-belon udara panas yang dipertunjukkan terdiri daripada pelbagai bentuk seperti sotong kurita, teko dan kepala badut.


Persiapan mengisi udara panas dalam belon.
Kredit foto: MyBalloonFiesta

Bagi mereka yang masih belum membuat perancangan semasa cuti pertengahan penggal pertama persekolahan tahun ini, bolehlah mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga dengan mengunjungi MyBalloonFiesta. - CARI
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Ina8895


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Boomibulat 22-1-2020 11:10 AM
Mahalnya..
Quote Mfzg89 22-1-2020 11:59 AM
yahudi nya rege...
Quote Ina8895 22-1-2020 12:21 PM
Kereta terbang takde ke?
Quote Ina8895 22-1-2020 12:22 PM
Boomibulat: Mahalnya..


Datang tengok dari jauh je la
Quote CatMiow 22-1-2020 02:09 PM
Perbasket murah dah tu,  dulu mcm sekepala duaratus,  dah tu bukan terbang pun,  dok tegak je terawang2 diudara.
Quote i_is_kennot 22-1-2020 03:04 PM
Sakan bergambar jah ni..,  kaler kaler ful
Quote Artemesiaa 22-1-2020 03:10 PM
Yang tak sanggup nak kena berpanas dan hadap jalan sesak
Quote Ina8895 22-1-2020 08:21 PM
CatMiow: Perbasket murah dah tu,  dulu mcm sekepala duaratus,  dah tu bukan terbang pun,  dok tegak je terawang2 diudara.


Dia tak bawak terbang keliling putrajaya ke?
Quote adda001 22-1-2020 09:03 PM
kira murah sgt dah ni, kat turki rm800 lebih satu kepala
Quote Lailerthee 23-1-2020 07:49 AM
Kne fikir bnyk kali nak pergi dgn jalan Sesak jln jauh huhuhu
Quote mizruncing 23-1-2020 02:51 PM
confirm jem punya nanti
Quote Ina8895 24-1-2020 08:33 PM
mizruncing replied at 23-1-2020 02:51 PM
confirm jem punya nanti

Dah pernah tengok ke sebelum ni?
Quote AbukRokok 25-1-2020 02:57 PM
bawak dron langgar belon yg sedang beroperasi dengan org2nya
Quote mamasaffiya 26-1-2020 12:07 AM
Edited by mamasaffiya at 26-1-2020 12:10 AM

Tgk dari opis je lah.
Belon selalu naik pukul 8 pagi.
Tp ada 1 tahun tu best. Mcm2 bentuk ada. Masa tu still dok putrajaya. Kami sampai kejar belon landing kat mana ada sekali tu belon Darth Vader landing atas fly over belum siap Betul2 depan kuarters kami.
Setakat ni yg rare belon kepala orang

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.043162 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top