CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Anda Benar, Nasi Lemak Memang Sedap" - Wartawan UK Akhirnya Temui Nasi Lemak 'Sebenar'

21-1-2020 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 6374| Komen: 28

Jika sebelum ini, seorang wartawan dari United Kingdom dikecam 'berjemaah' oleh rakyat negara ini kerana mengkritik nasi lemak yang dimakannya sebagai tidak sedap.

Katie Morley juga sebelumnya tidak tahu nasi lemak merupakan hidangan 'wajib' rakyat Malaysia.

Foto: Twitter

Terbaru, wanita ini menerusi Twitter berkongsi momen terbaharunya apabila dapat merasai sendiri keenakan nasi lemak 'sebenar' yang dihidangkan dalam pinggan, beserta bahan lain seperti kacang, ikan bilis, sambal, telur rebus dan kari ayam.

“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mencadangkan saya merasa nasi lemak sebenar.


“Anda benar, ia sedap! Tidak seperti hidangan yang saya rasa dalam BA (British Airways),” katanya.

Ketika ditanya pengguna Twitter yang lain, Katie berkata dia menemui hidangan itu di Chelsea.

Pastinya ramai warganet berasa teruja selepas keenakan sebenar nasi lemak yang menjadi tradisi dan identiti Malaysia, akhirnya disampaikan dengan baik. 

Apa pula pendapat anda? - CARI 
4

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 21-1-2020 04:30 PM
Kalau xsedap pn tpkse ckp sedap jgk,tkt dikecam..kekeke~{:smile

Reputzsss UK tp xtaw nasi lemak?walhal sblm ni kan kontroversi nasi lemak rendang xde krispy skin kt masterchef UK y dikecam teruk oleh netz..baru kuar gua ke ape cikkak nih?{:smile
Quote husna_amal 21-1-2020 04:45 PM
Makanan dari Malaysia ni kena ke dengan tekak orang2 eropah?
Quote BoongaKertas 21-1-2020 05:08 PM
reputz ni expect presentation dlm plane tu mcm dia makan fine dining ke? ekekeke.

tp jujurnya, tgk makanan nasi lemak bungkus BA tu, iols pun x selera. tp kalau dah bayo, iols makan jer lah kan. xkan nak membazir plak.
Quote fliphair8 21-1-2020 05:10 PM
takut reputz kokosen ngan bawang rangers mesia....keroyok yukkkkkkk......
Quote fishcracker 21-1-2020 05:26 PM
Yeeeeee kee tuu sedap????? {:smile
Quote Ladybird910 21-1-2020 05:27 PM
Awwat presentation n.lemak BA mcm nlemak paknasser AA sajorkk
Quote Victorioussss 21-1-2020 05:30 PM
Hi katie..i can cook nasik lemak for u and our child every weekend if u accept me to be ur boypren

Lets wechat yach
Quote izzah_ok 21-1-2020 05:41 PM
ye ke sedap? haha ke takut kena kecam dgn bawang rangerr
Quote Artemesiaa 21-1-2020 06:15 PM
Makan yang terhidang cantik dan fresh macam tu pastinyalah sedap berbanding dengan makan makanan yang disejuk beku dan dipanaskan semula.  Kadang2 kala je ok selalunya keras kejung atau kembang soggy mana nak sedap.
Quote Rogue98 21-1-2020 09:13 PM
We have dirty jokes about nasi lemak too u know...hehe
Quote epuepy 21-1-2020 10:29 PM
Hahaha. Takut la tu kena kecam ngn onion rangers. Your mother is green
Quote umbut 21-1-2020 10:42 PM
Overnya yg kecam ... yg dia dapat tu memang x sedap.. berlendir... dia mana tau rupa nasi lemak. Kecohhh
Quote pukulrata 21-1-2020 11:38 PM
Xpe..rini katie mkn dlu nasi lemak tu.
Esok abg plak mkn nasi lemak katie..lauk kerang.sambal lebehhhhhhhh
Quote CatMiow 22-1-2020 01:24 AM
Rasanya tak kena tekak dia juga kot,.. Siapa tak suka makan yg berlemak,  makan nasi rasa lemak2 memang susah nak masuk juga..

Tengok nasi lemak kat BA tu pun tak lalu nak makan. Kalau aku,  trauma terus nak makan nasi lemak,  mcm dorang trauma nak makan durian,  sebab makan durian tak fresh kat negara dorang.

Sama ada dia memang enjoy nasi lemak tu,  atau tak, hanya dia yang tahu,  mana tahan dikecam berjemaah,  ye tak?


Quote Cassieopeia 22-1-2020 08:49 AM
dlm BA tu mmg terukpun tgk serving dia..ni okla. kedai org melayu kot yg dia pegi tu
Quote VirusDetected 22-1-2020 10:17 AM
x kenal / x rasa maka x cinta...

tkt ler tu ngan acik2 bwg m'sia
Quote abadi84 22-1-2020 10:41 AM
Timun mane timun?
Quote RumiMenari 22-1-2020 11:13 AM
Amboiiii kacang goreng mcm nk buat kuah kacang banyaknye.. mana dia tau tu rasa nasi lemak sebenar.. org ckp real food hnya jumpe di street je.. tapi celah mana nak cari gerai nasi lemak kt UK sinun hehehe
Quote RumiMenari 22-1-2020 11:15 AM
Amboiiii kacang goreng mcm nk buat kuah kacang banyaknye.. mana dia tau tu rasa nasi lemak sebenar.. org ckp real food hnya jumpe di street je.. tapi celah mana nak cari gerai nasi lemak kt UK sinun hehehe

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.111707 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top