KOTA BHARU - Persatuan Pengusaha Kilang Ais Kelantan menyelaraskan harga pasaran ais RM3 satu plastik di Kelantan sejak 5 Oktober lalu disebabkan beberapa faktor termasuk bahan api, gaji minimum dan kenaikan kos bahan plastik.
Pengerusi persatuan itu, Wan Rosdi Wan Yusoff berkata, penyelarasan harga ais itu mendapat persetujuan daripada 15 kilang di negeri ini dan kenaikan berkenaan berkuat kuasa kelmarin. “Sabtu lalu, harga ais diumumkan naik sebanyak 50 sen di negeri ini, namun beberapa masalah timbul termasuk harganya tidak diselaraskan dan berbeza dengan jualan dari RM2.50 hingga RM3. “Masalah kekeliruan ini masih berlaku dalam kalangan agen di kawasan Kota Bharu, Bachok dan Tumpat, manakala di tempat lain seperti Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah, masalah harga sudah selesai,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin. Bagaimanapun, kata beliau, biarpun harga ais naik, keadaan itu tidak menjejaskan permintaan iaitu 900 tan sehari, yang mana secara purata permintaan ais di seluruh Kelantan 800 hingga 850 tan sehari. “Mesyuarat kali pertama dibuat bertujuan mengumumkan kenaikan harga ais, namun tidak mendapat kata sepakat oleh beberapa ahli persatuan. “Pada awalnya beberapa pengusaha tidak bersetuju untuk menjual dengan harga yang asal, namun selepas mesyuarat kali kedua dan perjanjian tindakan akan dikenakan jika ingkar, akhirnya kami menerima persetujuan,” katanya. Beliau berkata, persatuan akan mengenakan tindakan kepada agen iaitu tidak akan memberikan bekalan ais kepada mereka. Wan Rosdi berharap agar pengguna dapat memahami situasi ini dan persatuan berjanji kenaikan harga tersebut dijamin akan kekal dalam jangka masa yang panjang melibatkan lima hingga 10 tahun akan datang, juga bergantung kepada keadaan semasa kelak.
|
7
Bagus |
9
Marah |
13
Terkejut |
6
Sedih |
10
Lawak |
13
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anak_Nogori posted on 12-10-2013 03:49 PM
ni kesan dari kenaikkan takrif air secara senyap oleh kerajaan PAS Kelantan...ramai tak tahu.
gorjeous posted on 12-10-2013 03:58 PM
Tu kat kelantan..
Kat Selangor ni dr 2 tahun lepas dah diselaraskan harga tetap ais adalah Rm 3.00. ...
ADVERTISEMENT