Tindakan sebuah klinik di Singapura mencetuskan tanda tanya apabila menolak pesakit yang demam dan mengalami simptom wabak koronavirus daripada memasuki premisnya. Lapor Asia One, tular di Facebook selepas seorang pengguna memuat naik gambar notis di Klinik Keluarga & Surgeri di Ubi.
selain demam dan menunjukkan simptom virus berkenaan, notis itu meminta pesakit yang mengunjungi China dalam masa 14 hari lalu supaya pulang dan mendapatkan rawatan di hospital dengan segera. Tindakan klinik berkenaan mencetuskan kekeliruan di kalangan ramai mengenai tindakan yang sepatutnya dilakukan sekiranya mereka mengalami demam biasa. "Kalau saya demam biasa, adakah saya perlu masuk dan memaklumkannya kepada staf atau terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan? Keliru lah," soal warganet. Seorang doktor di klinik berkenaan kemudian tampil menjelaskan kekeliruan ramai dalam satu temu bual bersama Shin Min Daily. Katanya, mereka tidak bermaksud menolak untuk merawat pesakit yang mengalami simptom berkenaan, sebaliknya tindakan itu adalah langkah melindungi pesakit lain seperti orang tua dan kanak-kanak yang lebih berisiko dijangkiti koronavirus. Jelasnya, klinik itu biasanya menerima jumlah pesakit yang ramai hingga boleh memakan masa dua jam untuk bertemu doktor. Justeru, mereka mengeluarkan notis meminta individu yang mengalami simptom koronavirus supaya tidak masuk ke dalam klinik dan menunggu di luar premis berkenaan. Bagaimanapun, notis itu mencetuskan kekeliruan apabila ia hanya menyatakan "Tolong jangan masuk ke dalam klinik". Lantaran itu, doktor terbabit memaklumkan bahawa notis berkenaan akan diganti dengan notis baru yang mesejnya lebih mudah difahami, sekali gus menjelaskan bahawa mereka tidak menolak untuk memberi rawatan kepada pesakit. Sebaliknya, mereka yang mengalami demam dan simptom koronavirus perlu menunggu di luar premis sementara menunggu giliran untuk bertemu doktor. - CARI
|
AbukRokok replied at 12-2-2020 08:25 PM
ni pun bru pulih skit dri demam dan batuk... klu gi klinik pandai2 je dia kuarantinkan aku
sarah82 replied at 12-2-2020 07:32 PM
Aku faham...Klinik ni tak terima pesakit yg ada simptom2 yg tertulis untuk mengelak berlaku penyebar ...
dubuk replied at 12-2-2020 08:32 PM
kau makan ubat apa tak pergi klinik ? aku pun tak nak pergi
Nana_Man replied at 12-2-2020 09:51 PM
Memang btl tindakan clinic tu. Pasal kat tv pun announce kalau ada symptom2 tu, terus gi ke hosp. ...
dubuk replied at 12-2-2020 08:32 PM
kau makan ubat apa tak pergi klinik ? aku pun tak nak pergi
sarah82 replied at 12-2-2020 09:54 PM
Betul.. Klinik tu buat benda betul.. Cuma ayat tu kot buat org salah faham.
Nana_Man replied at 12-2-2020 10:02 PM
Ayat tu direct sgt.. haha.. tapi tulis btl2 pun dorang tak paham. Nothing new.
Nana_Man replied at 12-2-2020 09:53 PM
Standby jer panadol dan ubat2 yg biasa kat ruma. Beli kat pharmasi.
Tapi kalau gi klinik, leh dp ...
Nana_Man replied at 12-2-2020 10:01 PM
Standby jer panadol dan ubat2 yg biasa kat ruma. Beli kat pharmasi.
Tapi kalau gi klinik, leh dp ...
dubuk replied at 12-2-2020 11:57 PM
tak nak ubat pil putih/warna warni.. benda lain ada.. ?
ADVERTISEMENT