Langkah itu akan menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa selepas memerintah negara selama hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.
Tanda tanya mula timbul apabila kesemua parti terbabit mengadakan mesyuarat tergempar yang dihadiri kepimpinan tertinggi masing-masing di Kuala Lumpur pada 23 Februari. Memetik laporan Malaysia Gazette, puluhan kenderaan orang kenamaan (VVIP) dilihat memasuki pekarangan Istana Negara pada jam 5.30 petang, sekali gus menyebabkan rakyat tertanya-tanya sama ada perkara itu ada kaitan dengan pembentukan kerajaan baharu.
Pada sebelah malam pula, pemimpin-pemimpin kanan parti-parti terbabit dilihat menghadiri satu majlis yang dikatakan turut disertai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Hotel Sheraton, Petaling Jaya. Namun, tiada maklumat diperolehi tentang perjumpaan yang dipercayai ada kaitan dengan gerakan membentuk kerajaan baharu kerana pemimpin terbabit memilih untuk menutup mulut. Seperti dilaporkan Sinar Harian, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa cuma meminta semua pihak menunggu pengumuman Dr Mahathir berhubung perkara berkenaan. Desas-desas itu menggemparkan negara berikutan pada hari sebelumnya, Dr Mahathir telah menyatakan persetujuan untuk berundur dan memberi ruang kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hujung tahun ini. Apa pula reaksi Anwar tentang rancangan yang akan menggagalkan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri yang lama tertangguh sejak 1998? Sinar Harian turut melaporkan, Anwar menganggap tindakan itu satu cubaan untuk mengkhianati kerajaan PH. "Kita dikejutkan dengan perkembangan yang bagi kita satu pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya, maka menyebabkan ada perubahan," katanya. Sementara itu, Malaysia Gazette melaporkan, Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mengesahkan Anwar dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. Malaysia juga berdepan kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 lebih awal sekiranya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan baharu. - CARI |
Reymz replied at 23-2-2020 10:07 PM
Buang jer orang tua tu... lantik jer sesiapa saja untuk jadi PM, walaupun bukan Anwar asal kan bukan ...
JohnnyLever replied at 23-2-2020 10:04 PM
kasihan, kenapa kau orang khianat dia? apa dosa dia pada kau orang?
BomBoLoniS replied at 23-2-2020 10:15 PM
Padam terus impian bang non nk jadi pm Malaysia... Kesian pulak menengoknya..
Rogue98 replied at 23-2-2020 10:26 PM
2 tahun jadi PM ke 7 ni jer lah kerja Atuk... strategy nak kuasa n kekal kuasa. Nothing utk rakyat. ...
JohnnyLever replied at 23-2-2020 10:28 PM
nampaknya penyokong2 PPBM kena bersalaman dengan pencuri umno dan juga lebai pas, sebelum penyokon ...
harkktuih replied at 23-2-2020 10:32 PM
Hakikatnya anwar gelojoh nak jd pm..x belajar dr kesilapan dulu.. Lepas kuar penjara katanya nak res ...
Rogue98 replied at 23-2-2020 10:26 PM
2 tahun jadi PM ke 7 ni jer lah kerja Atuk... strategy nak kuasa n kekal kuasa. Nothing utk rakyat. ...
Rogue98 replied at 23-2-2020 10:26 PM
2 tahun jadi PM ke 7 ni jer lah kerja Atuk... strategy nak kuasa n kekal kuasa. Nothing utk rakyat. ...
ADVERTISEMENT