Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menerusi hantaran Twitter mendapat perhatian ramai selepas mengumumkan iatu merupakan tweet yang terakhir daripadanya sebagai menteri.
Beliau mengemaskini hantaran itu dengan berita gembira terdapat dua lagi pesakit Covid-19 yang berjaya pulih. "Tiada kes positif baharu. "Kes-14 dan Kes-19 sebelum ini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). "Jumlah yang telah pulih sepenuhnya dan discaj sehingga hari ini ialah 20 orang.
"Dua lagi masih dirawat di wad dan stabil," tulis beliau. Pun begitu, ramai di kalangan netizen berasa sedih dan sayu apabila beliau menyatakan tentang tweet terakhir itu. Ruang komen turut dibanjiri dengan ucapan terima kasih atas bakti lebih dua tahun sebagai Menteri Kesihatan. Apa pula pendapat anda? - CARI
|
ADVERTISEMENT