CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kosmo Kantoi Fitnah Kilang Roti?

18-10-2013 04:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13743| Komen: 82





TIADA KILANG ROTI BENGGALI ULI TEPUNG MENGGUNAKAN KAKI

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan mengesahkan bahawa sebuah kilang roti di Balik Pulau , telah diarahkan ditutup dalam operasi “Ops Food Court” yang dijalankan pada 8 Oktober 2013 lalu. Kilang roti tersebut gagal mematuhi elemen penting aspek kebersihan.

Bagaimanapun, kilang roti tersebut, bukannya kilang roti benggali di Bayan Baru yang dilaporkan menggunakan kaki untuk menguli tepung sepertimana laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu bertarikh 10 Oktober 2013.

Laporan media pada 13 Oktober 2013, memetik Presiden Persatuan Penjual-penjual roti Pulau Pinang, L Manogaran mengesahkan tidak terdapat kilang roti benggali di Bayan Baru. Beliau turut menegaskan kilang roti benggali menggunakan mesin uli sejak berpuluh tahun, dan bukannya kaki seperti dilaporkan. Bahkan, Datuk Maridas Gopal, rakan kongsi Maliia Bakery turut mengesahkan tidak ada kilang roti benggali yang menerima notis penutupan pada operasi “Ops Food Court”.

Pertemuan saya dengan pegawai Jabatan Kesihatan Negeri hari ini mengesahkan dalam operasi yang dijalankan itu, pihaknya tidak menemui kilang roti benggali menguli tepung dengan kaki sepertimana yang dilaporkan sebuah akhbar tabloid. Operasi “Ops Food Court” yang dijalankan di Daerah Barat Daya membabitkan 115 premis dengan 12 premis diarah tutup , tidak disertai oleh wartawan.

Selain pegawai Kementerian Kesihatan, operasi itu turut disertai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Operasi itu menumpu premis makanan di kompleks penjaja.

Selaku Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna saya begitu kesal dengan laporan tidak tepat akhbar berkenaan yang menimbulkan keresahan dan salah sangka pengguna. Ia juga tidak adil kepada pengilang dan penjual roti benggali Pulau Pinang yang terjejas perniagaan mereka kerana laporan tidak tepat itu. Saya ingin tegaskan kerajaan negeri memandang serius aspek kebersihan, khususnya di premis makanan dan pembuatan makanan Pulau Pinang.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote crossfire 18-10-2013 03:37 PM
Saman ajalah apa tunggu lagi....
Quote NIXAR 18-10-2013 03:39 PM
isk isk isk.....ummah malaysia pun kemain rajin share ke hulu ke hilir.....kunun atas dasar prihatin
Quote rospinki 18-10-2013 03:41 PM
laaa...
Quote sueism 18-10-2013 03:41 PM
NIXAR posted on 17-10-2013 09:39 PM
isk isk isk.....ummah malaysia pun kemain rajin share ke hulu ke hilir.....kunun atas dasar prihatin ...

Ummah suka memfitnah
Quote clarizsa 18-10-2013 03:43 PM
ye ke?? btul ke pic uli dgn kaki tu luar negara punya??
Quote Nash^Roy 18-10-2013 03:45 PM
satu lg contoh sakai yg percaya kabar angin pastu sebar lak kat org lain..
Quote NIXAR 18-10-2013 03:46 PM
sueism posted on 18-10-2013 03:41 PM
Ummah suka memfitnah

banyak kali dah....selalunya pemilik akaun fb kunun atas dasar prihatin....1 cth yg pasaraya nsk tuh difitnah letak daging babi dlm troli padahal tu daging kambeng

saman je sampai muflis puak2 suka sebar mende2 ni....ajar sket
Quote dani-rox 18-10-2013 03:50 PM
saman jangan tak saman

lenkali letak la nama premis (kalau terbukti benar) ni bagi clue ntah apa2... tak pasal2 peniaga yg tak bersalah kena tempiasnya. kesian kat pengguna gak sbb terpaksa berteka teki kedai dan premis mana yg disaman itew.
Quote sueism 18-10-2013 03:50 PM
NIXAR posted on 17-10-2013 09:46 PM
banyak kali dah....selalunya pemilik akaun fb kunun atas dasar prihatin....1 cth yg pasaraya nsk t ...

Macam papagomo apa benda nama mamat blogger tu kan saman sampai tinggal spender berlubang
Quote gaara_X 18-10-2013 03:51 PM
saman je....sedara utusan ke...adik ipar utusan ke...saman je
Quote JohnDeSouza 18-10-2013 03:51 PM
hmmmm.... apa lagi  Patche Bakery saman la Utusang
Quote AdsMsia 18-10-2013 03:52 PM
bila fikir balik
memang rasanya takdak kilang roti benggali kat area bayan baru tu.....
belah tanjung tu ada la....
Quote NIXAR 18-10-2013 03:54 PM
sueism posted on 18-10-2013 03:50 PM
Macam papagomo apa benda nama mamat blogger tu kan saman sampai tinggal spender berlubang

skang xdak sapa nak bekap....terkincit la dia lari....ex wife pun dok ligan dia
Quote nurfariezza 18-10-2013 03:55 PM
bpe juta plak nk kena sman ni...
Quote lavagold 18-10-2013 03:55 PM
NIXAR posted on 18-10-2013 03:46 PM
banyak kali dah....selalunya pemilik akaun fb kunun atas dasar prihatin....1 cth yg pasaraya nsk t ...

forum morum ni pun salah satu platform tuk fitnah2 ni semua.....



Quote vv2005 18-10-2013 03:57 PM
ish..dah takde cerita itu yg mereka cerita panas
Quote sueism 18-10-2013 03:57 PM
lavagold posted on 17-10-2013 09:55 PM
forum morum ni pun salah satu platform tuk fitnah2 ni semua.....

Aku rasa aku banyak sarcasm dari fitenah
Quote lavagold 18-10-2013 04:00 PM
sueism posted on 18-10-2013 03:57 PM
Aku rasa aku banyak sarcasm dari fitenah

aku rasa thread yg menjurus ke fitnah mod banyak lepas2 kan sampai berpage2....




Quote niceghost2005 18-10-2013 04:08 PM
clarizsa posted on 18-10-2013 03:43 PM
ye ke?? btul ke pic uli dgn kaki tu luar negara punya??

Aku ada kawan soghang...........buat ghoti benggali.
Aku pung belajaq buat ghoti benggali dari dia.

Dia modified skit machinery.
Pakai engine........then attached tempat menguli yg di buat sendiri.
Tempat uli tu ialah belanga/kuali besar hitam.............bley masuk satu guni tepong.

Tepong pakai cap kunci warna MERAH.
Yg di jual kat kedai...............warna BIRU. (x bagus utk buat ghoti)

Pagi bakaq, tghr hingga petang dier jual keliling pekan.
SAYANG................anak2 soghang pung takmo tolong.
Syok dok main computer walaupun time cuti sekolah.

Dapoq dari cement.............pakai kayu getah.
Nak buat pizza pung senang.

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054105 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top