Hanya Tuhan tahu apa yang terjadi pada rumah yang ditinggalkan termasuklah apa yang terjadi pada pemuda ini. Sebaik dapat pulang ke rumah yang telah ditinggalkan hampir dua bulan lamanya, beliau agak terkejut apabila mendapati peti ais miliknya bagaikan sudah menjadi tempat 'menternak ulat'! Menerusi bebenang seterusnya, dia juga berkongsikan perbualan rakan rumahnya yang berseloroh mengatakan bahawa mereka perlu menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) bagi membersihkan peti ais itu. Perkongsian pemuda ini mendapat perhatian netizen dan rata-rata mereka berkongsi tip untuk mencuci serta menyahbau peti ais tersebut. Lain orang, lain ujiannya. Bertabah ya dik, cuci peti ais tu. - CARI |
green~tea replied at 6-5-2020 12:03 PM
kalo dah bersihkan pun still akan busuk kot fridge tu.. nape sampai berulat... takde letrik ke
ADVERTISEMENT