Semakin ramai selebriti mengambil langkah inisiatif memulakan perniagaan untuk menambah pendapatan. Pelakon Jasmin Hamid juga tidak ketinggalan dengan memulakan perniagaan menjual roti jala sejak Februari lalu.
Jasmin menjelaskan di Instagram tentang niatnya untuk menjual roti jala kerana ia merupakan hasrat arwah ibunya yang meninggal dunia pada 2016. "Kenapa saya pilih roti jala sebagai perniagaan? Semuanya kerana arwah mama saya. "Terima kasih kepada yang dah sokong perniagaan saya dan semoga pahalanya sampai buat kedua arwah ibu bapa saya dan juga ibu bapa yang lain," tulisnya. Jasmin menjual roti jala dengan harga murah kerana ingin lebih ramai yang dapat berkongsi rezeki. "Ramai yang tanya, kenapa saya jual murah dari harga pasaran? Jawapannya supaya lagi ramai yang sokong. Moga lagi banyak pahala yang mengalir untuk arwah ibu bapa saya dan ibu bapa yang lain" jelasnya.
Jasmin ingin berkongsi rezeki dengan orang lain di bulan yang mulia ini. "Bila saya jual dengan harga sedemikian, korang dengan lapang dada dapat beramal tanpa rasa terbeban," tulisnya lagi. Semoga penjelasan ini mampu memuaskan hati semua pihak. Jangan sesekali kita menjatuhkan orang yang cuba untuk membuat kebaikan. - CARI - Sebar kebaikan tolak keburukan!
|
misc replied at 13-5-2020 12:59 PM
Ok lah bagus thread ni. Petang ni dpt idea nak buat roti jala lah.
rospinki: moga maju bisnes jasmin..murah sikit tkpe. jgn mahai sgt rega high endni nak citer..aku bgtau la aku jual nasi lemak terlajak laris kt my sis..lauk ...
rospinki replied at 13-5-2020 12:38 PM
moga maju bisnes jasmin..murah sikit tkpe. jgn mahai sgt rega high end
ni nak citer..aku bgtau ...
ADVERTISEMENT